Risiko Adalah Apa Yang Kita Tidak Nampak

Episod 7: Misi RM1 Juta. Risiko Adalah Apa Yang Kita Tidak Nampak.

ikuti perjalanan pelaburan saya.. Risiko adalah apa yang kita tidak nampak. Inilah realiti dalam dunia pelaburan. Kadang-kala kita tidak jangkakan pun perkara itu akan berlaku. Pernah tak rasa seperti sudah membuat keputusan pelaburan yang dirasakan “selamat”, tetapi akhirnya jadi tidak seperti yang diharapkan? Dalam dunia pelaburan,

Risiko paling bahaya bukan yang kita nampak, tetapi Risiko adalah apa yang kita tidak nampak dan jangkakan.

Perkara ini saya lalui pada tahun ini 2025 bulan April. Pada awal tahun 2025 ini semua orang menunggu Trump angkat sumpah menjadi Presiden Amerika. Dikatakan Trump ni mesra kripto dan akan membuatkan harga kripto ini akan meroket seterusnya mencetuskan fenomena “Altcoin season” dalam dunia kripto. Jadi saya pun tertarik dengan berita ini dan menambah modal dalam pelaburan kripto. Pada masa yang sama teruskan melabur dalam ETF SPUS (satu ETH S&P 500 versi patuh shariah).

Risiko Adalah Apa Yang Kita Tidak Nampak

Saham Merudum

Namun perkara sebaliknya berlaku. Pada April 2025, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan satu langkah mengejutkan: pengenaan tarif asas sebanyak 10% ke atas semua import ke AS, dengan kadar lebih tinggi dikenakan kepada negara-negara tertentu, termasuk Malaysia yang dikenakan tarif setinggi 24%. Langkah ini mencetuskan gelombang kejutan dalam pasaran global dan menimbulkan kebimbangan terhadap potensi perang perdagangan baharu.

Apa yang jadi pada pelaburan saya waktu itu? Jatuh dengan teruk. Buka app nampak merah kerugian. Baru 3 bulan melabuh sudah nampak kerugian yang besar. Terus melemahkan semangat untuk terus melabur. Namun berkat keyakinan saya teruskan juga membeli setiap bulan ketika menerima gaji. Banyak perkara berlaku tanpa dapat kita ramalkan. Contohnya pandemik Covic-19 yang melanda dunia pada 2020.

Setiap hari kita tengok ramalan:

  • “Bitcoin akan naik sampai USD100k tahun ni!”
  • “Pasaran saham akan crash!”
  • “Minyak akan naik sebab perang!”
  • “Saham teknologi akan terbang sebab AI!”

Hakikatnya, Risiko adalah apa yang kita tidak nampak?

Risiko adalah apa yang kita tidak nampak

Tiada siapa boleh ramal masa depan. Ramai pelabur baru fikir ramalan harga itu pasti menjadi. Tapi dalam realiti, pasaran boleh berubah hanya kerana satu ayat Jerome Powell, satu tweet Elon Musk, atau satu laporan pekerjaan yang tak cantik.

Kadang-kadang benda kecil yang kita tak jangka yang membunuh strategi kita. Bulan ini kalau ikuti berita pelaburan kecoh dengan fenomena “AI Bubble” yang dikatakan hampir sama dengan fenomena “dotcom Bubble” pada tahun 2000. Diramalkan bahawa pasaran akan crash pada tahun 2026. Saya perasan juga ketika ini harga pasaran sedikit tidak stabil. Kejap naik kejap turun. Duit Malaysia juga semakin mengukuh menyababkan keuntungan saya dalam RM kelihatan mengecil kerana melabur dalam pasaran US.

Risiko Yang Kita Nampak vs Risiko Yang Kita Tak Nampak

Risiko yang kita nampak:

  • Harga saham turun.
  • Ekonomi perlahan.
  • Faedah naik.
  • Syarikat umum rugi.

Risiko yang kita tak nampak:

Inilah yang bahaya…

  • Sentimen pasaran tiba-tiba berubah.
  • Ketegangan politik yang tiba-tiba meletup.
  • Data ekonomi yang meleset dari jangkaan.
  • CEO letak jawatan tanpa sebab.
  • Krisis luar jangka (pandemik, perang, sekatan).
  • “Black Swan Event” benda jarang tetapi beri kesan besar.

Macam orang kata, Risiko adalah apa yang kita tidak nampak

“Yang buat kita jatuh bukan batu besar depan mata, tapi batu kecil yang kita tak perasan.”

Cara Sebenar Mengurus Risiko Yang Kita Tak Nampak

Walaupun risiko adalah apa yang kita tidak nampak, saya cuba kurangkan impaknya dengan:

1. Melabur secara berperingkat (DCA)

Kurang terdedah kepada turun naik pasaran. Dapat gaji setiap bulan saya akan laburkan sebahagian dalam saham ETF.

2. Diversifikasi

Jangan letak semua duit dalam satu saham atau satu sektor. Sebab itu saya memilih untuk belik ETF SPUS. Biarlah lambat naik tetapi kurang volatile. Biar lambat asal selamat. Hati lebih tenang.

3. Pegang pelaburan jangka panjang

Volatiliti jangka pendek jadi “noise”. Namun perlu pastikan saham yang dibeli berkualiti.

4. Fokus kepada data sebenar, bukan berita sensasi

Beza antara analisis dengan klik bait.

5. Pilih instrumen pelaburan kukuh

Seperti ETF indeks, fund berprestasi stabil, atau syarikat fundamental kuat.


Dalam Pelaburan: Yang Kita Kawal vs Yang Kita Tak Boleh Kawal

Yang kita boleh kawal

  • Berapa kita labur
  • Kekerapan labur
  • Risiko yg sesuai
  • Pengetahuan
  • Emosi
  • Strategi

Yang kita tak boleh kawal

  • Harga esok
  • Berita politik
  • Ramalan penganalisis
  • Perang & kejutan ekonomi

Risiko adalah apa yang kita tidak nampak. Jadi fokus pada yang kita boleh kawal, selebihnya kita serahkan kepada pasaran.


Kesimpulan: Risiko Paling Bahaya Adalah Yang Kita Tak Nampak

Pelaburan bukan tentang ramal harga, tapi urus risiko.

Dan risiko paling merbahaya bukanlah “pasaran jatuh”, tapi:

  • keputusan yang kita buat kerana panik,
  • terikut ramalan yang tak pasti,
  • atau overconfident pada berita viral.

Akhirnya, pelabur yang survive adalah yang tenang, konsisten, dan tak mudah hanyut dengan noise.


Status Pelaburan Oktober 2025

Misi RM1 juta ni masih jauh. Apa cerita dengan pelaburan bulan Oktober 2025. Untuk ringkaskan boleh saya letakkan dalam jadual sahaja. Buat masa ini saya hanya melabur di Moomoo, Versa dan Luno sahaja. Seperti biasa pesanan saya,

Sebelum mula melabur, pastikan ada simpanan kecemasan berjumlah 6 bulan gaji tetap anda.

Simpana kecemasan ini boleh diletakkan di tempat yang mudah cair. Maksudnya kita boleh ambil simpanan ini segera jika berlaku kecemasan. Simpanan kecemasan saya letakkan di dalam Tabung Haji. Mengapa Tabung Haji? Kerana dijamin oleh kerajaan dan kebarangkalian untuk rugi hampir 0 dan boleh dapatkan pulangan dividen tahunan.

PlatformModal (RM)Nilai Semasa (RM)Untung/Rugi (RM)Profit (%)
Moomoo45,00051,272.486,272.4813.90%
Versa16,00018,977.612,977.6118.61%
Luno24,00018,486.00-5,514-22.98%
Jumlah85,00088,736.09+3,736.09+4.40%

Perkembangan Pelaburan Oktober 2025

Alhamdulillah. Secara keseluruhannya keuntunga pelaburan saya semakin meningkat. Sudah 8 bulan negatif sahaja. Akhirnya sudah nampak keuntunga walaupun masih kecil. Kerugian terbesar adalah dalam pelaburan kripto. Pada ketika ini saya hold dulu pelaburan kripto ini. Masih ragu-ragu untuk masuk dalam kripto. Saya tengok perjalanan kripto dahulu sebelum mula kembali dalam kripto.

Strategi buat masa ini saya keluarkan sedikit pelaburan kripto dan pindahkan ke dalam moomoo. Saya beli REIT. Harapnya REIT ini lebih stabil dan boleh beri dividen yang tinggi.

Moomoo pula kebanyakkan saya laburkan di SPUS (ETF Trust Sp Dund S&P 500 Shariah). Bolehlah nampak kenaikan harga SPUS ni.

Versa sebelum ni saya melabur di Versa Gold, kemudian saya switch fund kepada Versa Global-i

Hendak cuba juga laksanakan misi RM1 juta anda. Boleh cuba guna platform yang saya guna ini.

Mulakan Pelaburan Anda dengan Platform ini

Versa – Aplikasi pengurusan kewangan dan pelaburan digital tempatan. Versa memudahkan simpanan berjadual dan pelaburan dalam dana bersama (unit trust) dengan hanya beberapa klik(versa.com.myversa.com.my). Antaranya, Versa menawarkan simpanan berfaedah sehingga 4.77% setahun (nett) dan pilihan pelaburan Islamik. Versi mudah alihnya diregulasi oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)(versa.com.my), jadi selamat untuk pemula.

Meet Versa, a digital wealth app that helps you save, invest and grow, so you can achieve financial wellness. Save and invest easily, with the help of expert fund managers from AHAM Asset Management Bhd.

Join me and we’ll both enjoy RM10 reward! 🎁

Get started:

Make your first Cash In of min. RM100)

Download the Versa app: https://download.versa.com.my/1bAf/referral?deep_link_value=DNTL2CBZ

Sign up with my code DNTL2CBZ

moomoo Malaysia – Aplikasi trading saham dan ETF. Moomoo terkenal dengan komisen 0% untuk dagangan saham Malaysia bagi tempoh promosi (180 hari pertama)(moomoo.com). Tiada deposit minimum diperlukan, dan akaun boleh dibuka secara dalam talian dengan mudah(moomoo.com). Moomoo turut menyediakan alat analisis berkuasa AI untuk bantu pemula kenal pasti potensi saham. Sesuai untuk mereka yang mahu mula trading saham secara aktif, walaupun baki permulaan kecil.

Catch the rising trend of US stocks & get FreeTSLA* together!
Register with moomoo, enjoy 5%* p.a. Guaranteed Returns & Free Apple Share>>Register with moomoo & enjoy RM1,800 new customer benefit!
https://www.moomoo.com/my/promotion/referee?inviter=103606529&global_content=%7B%22promote_id%22%3A15066%2C%22sub_promote_id%22%3A3%7D)

Luno – Platform kripto global yang mempunyai cawangan di Malaysia. Luno adalah salah satu Pertukaran Aset Digital (DAX) berdaftar SC di Malaysia(sc.com.my) Ia membolehkan pengguna membeli, menjual dan menyimpan Bitcoin, Ethereum dan beberapa altcoin lain secara selamat. Antaramuka yang mesra pengguna sesuai untuk pendatang baru mengenali dunia kripto.

Anda dijemput!

  1. Daftar dengan pautan jemputan saya
  2. Buat deposit dan beli sebarang kripto bernilai RM 250 (tidak termasuk Luno Exchange)
  3. Kita akan terima BTC percuma bernilai RM 75

https://www.luno.com/invite/H27Z65

Jika ada soalan tentang cara guna platform ini boleh hubungi saya. Saya boleh kongsikan setakat mana yang saya tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *