Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

“Mahalnya harga saham hari ini!!” terdetik kenyataan itu dalam minda saya. Rasa takut nak membeli. Risau selepas beli nanti harganya akan turun.
“Tunggulah dulu. Nanti dah jatuh sikit harga baru beli.” kata saya dalam hati.
“Tapi kalau tak beli sekarang mungkin harga saham ini akan naik lagi” kata hati lagi.
Pernah tak berlaku peperangan dalam minda tentang perkara ini? Satu sisi takut nak membeli sebab risasu harga akan turun. Satu sisi lagi rugi tidak membeli sebab beranggapan harga akan naik nanti. Dalam episod kali ini, saya kongsikan pengalaman saya yang baru sahaja 9 bulan bermula melabur secara serius. Misi RM1 juta saya masih diteruskan. Apa perkembangan misi setakat ini? Boleh ikuti perjalanan saya di sini.

Bulan september 2025 menyaksikan keseluruhan saham yang saya labur di S&P500 mengalami peningkatan yang banyak sehingga melepasi paras tertinggi sebelum ini. Emas juga dilihat naik dengan banyak sekali pada bulan ini. Harga emas pada ketika saya menulis blog ini ialah RM572/gram untuk emas 999. Satu harga emas yang tertinggi dalam sejarah. Apabila harga sudah di paras yang tertinggi ini mulalah timbul satu perasaan takut untuk membeli. Memandangkan saya sudah membahagikan gaji saya supaya sekurang-kurangnya RM2000 akan masuk dalam pelaburan. Jadi apa yang perlu saya lakukan? Baik enjoy dengan duit yang ada. Membeli belah adalah satu terapi juga.
Seperti biasa setiap bulan bila dapat gaji sahaja peperagan ini akan tercetus dalam diri saya walaupun setelah 9 bulan melabur. Berbaloi ke pengorbanan RM2000 sebulan ke dalam pelaburan. Macam-macam boleh buat dengan duit itu. Pergi melancong, membeli belah atau penuhi keinginan untuk memiliki gadget terbaharu. Apabila duit itu masuk pelaburan apa pun tak dapat.
Apabila berlaku perkara ini, biasanya saya akan lihat sejarah saham yang saya beli. Walaupun “Past Performance Is Not Indicative Of Future Results” namun itu sahaja maklumat yang ada untuk saya lihat trend saham tersebut. Mustahil untuk dapatkan “Future performance”.

Jika kita lihat sejarah harga S&P 500 ini, setiap hari kebanyakkan kita akan terasa harga adalah tertinggi. Melainkan beberapa tahun yang dilihat harganya turun seperti pada tahun 2020, 2022. Namun selepas kejatuhan, harganya akan kembali naik.
Saya tanya Chatgpt dan jawapannya adalah seperti berikut:
Jika anda melabur RM10,000 di VOO pada 1 Jan 2014, nilainya pada 1 Jan 2024 akan menjadi sekitar RM29,000, hampir 3x ganda daripada modal asal — walaupun termasuk kejatuhan pasaran pada tahun 2022.
Jika saya perhatikan perkara itu sudah semestinya saya akan teruskan melabur. Walaupun prestasi masa lalu tidak menjanjikan pulangan di masa hadapan namun itulah risiko yang perlu saya ambil. Apa yang perlu saya buat ketika ini ialah memupuk keyakinan bahawa harga ETF yang saya beli ini akan naik harganya dimasa hadapan. Walaupun jika dilihat pada carta, harganya ada turun dan naik, namun jika dilihat dalam skala tempoh 10 tahun, index S&P 500 cenderung untuk naik dengan purata kenaikan 9% setahun.
Mahalnya harga saham hari ini…Jadi apa strategi saya? Berdasarkan faktor-faktor yang saya ceritakan di atas strategi terbaik yang boleh saya fikirkan ketika ini ialah…
Teruskan membeli tanpa culas.
Ya, itulah strategi saya ambil sekarang ini. Walaupun nampak mudah, tetapi pada sudut psykologi sukar untuk saya laksanakan secara konsisten setiap bulan terutamanya pada peringkat saya sekarang ini. Baru berjinak-jinak dalam melabur. Fasa sekarang ini adalah fasa mendidik hati untuk yakin dalam pelaburan yang saya buat ini. Berbekalkan keyakinan ini “Teruskan Membeli”. Bersusah dahulu bersenang kemudian.
Misi RM1 juta ni masih jauh. Apa cerita dengan pelaburan bulan Semtember 2025. Untuk ringkaskan boleh saya letakkan dalam jadual sahaja. Buat masa ini saya hanya melabur di Moomoo, Versa dan Luno sahaja. Seperti biasa pesanan saya,
Sebelum mula melabur, pastikan ada simpanan kecemasan berjumlah 6 bulan gaji tetap anda.
Simpana kecemasan ini boleh diletakkan di tempat yang mudah cair. Maksudnya kita boleh ambil simpanan ini segera jika berlaku kecemasan. Simpanan kecemasan saya letakkan di dalam Tabung Haji. Mengapa Tabung Haji? Kerana dijamin oleh kerajaan dan kebarangkalian untuk rugi hampir 0 dan boleh dapatkan pulangan dividen tahunan.
| Platform | Modal (RM) | Nilai Semasa (RM) | Untung/Rugi (RM) | Profit (%) |
| Moomoo | 43,000 | 47,973 | 4,973 | 11.56% |
| Versa | 15,000 | 16,897 | 1,897 | 12.65% |
| Luno | 24,000 | 19,207 | -4,793 | -19.97% |
| Jumlah | 82,000 | 84,077 | +2,077 | +2.53% |
Perkembangan Pelaburan September 2025
Alhamdulillah. Buat pertama kali secara keseluruhannya pelaburan saya mengalami keuntungan. Sudah 8 bulan negatif sahaja. Akhirnya sudah nampak keuntunga walaupun masih kecil. Kerugian terbesar adalah dalam pelaburan kripto. Pada ketika ini saya hold dulu pelaburan kripto ini. Masih ragu-ragu untuk masuk dalam kripto. Saya tengok perjalanan kripto dahulu sebelum mula kembali dalam kripto.
Strategi buat masa ini saya tunggu harga kripto turun sikit baru masuk semula dalam kripto. Harapnya betul la tindakan saya ni.
Moomoo pula kebanyakkan saya laburkan di SPUS (ETF Trust Sp Dund S&P 500 Shariah). Bolehlah nampak kenaikan harga SPUS ni.
Versa sebelum ni saya melabur di Versa Gold, kemudian saya switch fund kepada Versa Global-i
Hendak cuba juga laksanakan misi RM1 juta anda. Boleh cuba guna platform yang saya guna ini.
Versa – Aplikasi pengurusan kewangan dan pelaburan digital tempatan. Versa memudahkan simpanan berjadual dan pelaburan dalam dana bersama (unit trust) dengan hanya beberapa klik(versa.com.myversa.com.my). Antaranya, Versa menawarkan simpanan berfaedah sehingga 4.77% setahun (nett) dan pilihan pelaburan Islamik. Versi mudah alihnya diregulasi oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)(versa.com.my), jadi selamat untuk pemula.
Meet Versa, a digital wealth app that helps you save, invest and grow, so you can achieve financial wellness. Save and invest easily, with the help of expert fund managers from AHAM Asset Management Bhd.
Join me and we’ll both enjoy RM10 reward! 🎁
Get started:
Make your first Cash In of min. RM100)
Download the Versa app: https://download.versa.com.my/1bAf/referral?deep_link_value=DNTL2CBZ
Sign up with my code DNTL2CBZ
moomoo Malaysia – Aplikasi trading saham dan ETF. Moomoo terkenal dengan komisen 0% untuk dagangan saham Malaysia bagi tempoh promosi (180 hari pertama)(moomoo.com). Tiada deposit minimum diperlukan, dan akaun boleh dibuka secara dalam talian dengan mudah(moomoo.com). Moomoo turut menyediakan alat analisis berkuasa AI untuk bantu pemula kenal pasti potensi saham. Sesuai untuk mereka yang mahu mula trading saham secara aktif, walaupun baki permulaan kecil.
Catch the rising trend of US stocks & get FreeTSLA* together!
Register with moomoo, enjoy 5%* p.a. Guaranteed Returns & Free Apple Share>>Register with moomoo & enjoy RM1,800 new customer benefit!
https://www.moomoo.com/my/promotion/referee?inviter=103606529&global_content=%7B%22promote_id%22%3A15066%2C%22sub_promote_id%22%3A3%7D)
Luno – Platform kripto global yang mempunyai cawangan di Malaysia. Luno adalah salah satu Pertukaran Aset Digital (DAX) berdaftar SC di Malaysia(sc.com.my) Ia membolehkan pengguna membeli, menjual dan menyimpan Bitcoin, Ethereum dan beberapa altcoin lain secara selamat. Antaramuka yang mesra pengguna sesuai untuk pendatang baru mengenali dunia kripto.
Anda dijemput!
- Daftar dengan pautan jemputan saya
- Buat deposit dan beli sebarang kripto bernilai RM 250 (tidak termasuk Luno Exchange)
- Kita akan terima BTC percuma bernilai RM 75
Jika ada soalan tentang cara guna platform ini boleh hubungi saya. Saya boleh kongsikan setakat mana yang saya tahu.