Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Psikologi dalam pelaburan merujuk kepada pengaruh emosi, keyakinan dan tingkah laku manusia dalam proses pengambilan keputusan pelaburan.
Psikologi dalam pelaburan memberi kesan yang besar dalam pelaburan.
Psikologi dalam pelaburan, emosi seperti ketakutan dan keseronokan boleh mempengaruhi keputusan pelaburan, menyebabkan pelabur membuat pilihan tergesa-gesa yang boleh memudaratkan kejayaan kewangan jangka panjang. Keyakinan yang berlebihan juga boleh membawa kepada tingkah laku pelaburan yang berisiko. Terlalu berhati-hati pula boleh menyebabkan pelabur terlepas peluang yang tersedia. Dengan memahami dan mengelakkan perangkap psikologi pelaburan, pelabur boleh membuat keputusan yang lebih rasional dan berpotensi mengukuhkan portfolio mereka.
Bagi meminimumkan pengaruh psikologi dalam pelaburan saya sebagai pelabur yang baharu menggunakan teknik DCA dalam persekitaran yang tidak menentu. Boleh ikuti perjalanan saya dalam dunia pelaburan untuk mencapai misi yang telah saya tetapkan ini.

Pada permulaan saya memulakan misi ini, pelaburan saya mengalami kerugian. Namun itu tidak melemahkan semangat saya untuk teruskan pelaburan. Namun setelah beberapa bulan melabur dari kerugian berubah kepada keuntungan dan membuatkan semangat untuk teruskan melabur membuak-buak. Namun bulan November ini membuka cerita yang tersendiri.
Ada satu perkara pelik tentang pelaburan…
Kadang-kadang rugi di awal perjalanan tak sesakit rugi selepas merasa untung.
Ini cerita saya sendiri.
Saya mula melabur dengan semangat berkobar-kobar.
Baca artikel sana sini.
Tengok video YouTube.
Dengar sifu kata, “Tenang, long term pasti menang.”
Saya pun labur.
Tak sampai sebulan… bam!
Portofolio merah.
Tapi anehnya, saya tak kisah sangat.
Sebab masa tu saya fikir:
“Biasalah… baru mula. Rugi kecil je. Ini proses belajar.”
Saya teruskan juga.
DCA setiap bulan.
Beli sikit-sikit, konsisten.
Masuk bulan ketiga, keempat…
Hijau mula naik perlahan-lahan.
Saya senyum kecil.
Tak banyak pun, tapi cukup untuk rasa yakin:
“Ooo… macam ni rasanya pelaburan berbaloi.”
Bila portofolio naik 3%, 5%, 7%…
Saya mula rasa seronok.
Mula rasa pandai.
Padahal tak buat apa pun selain konsisten beli.
Itu lah psikologi pelaburan — bila untung sikit, kita rasa genius.
Masuk suku ketiga 2025, graf portofolio saya cantik.
Macam bukit naik ke awan.
SPUS naik.
NVDIA naik.
REIT saya di bursa pun naik.
Walaupun Kripto saya rugi namun keuntungan dari saham membuatkan keseluruhan portfolio saya hijau.
Saya pun mula buat kira-kira:
“Kalau macam ni setahun lagi dah boleh capai … hmm hmm.”
Saya tengok portfolio dan rasa bangga.
Hari pertama.
Jatuh sedikit.
Hari kedua.
Jatuh lagi.
Hari ketiga.
Merah.
Merah.
Merah.
Saya refresh app berkali-kali macam boleh tukar keadaan.
Tiba satu titik yang saya sendiri tak jangka…
Nilai pelaburan saya jatuh lebih rendah daripada modal keseluruhan.
Yang dulu hijau, jadi kuning.
Yang kuning, jadi merah.
Yang merah, jadi maroon pekat.
Rasa yang datang?
Jauh lebih perit berbanding rugi masa mula-mula melabur dulu.
Kenapa?
Psikologi dalam pelaburan. Rugi di awal perjalanan tak terasa kerana:
TAPI…
Bila kita dah rasa untung,
dah rasa portfolio naik,
dah mula angan-angan…
Rugi selepas dapat untung terasa seperti kehilangan sebenar.
Psikologi dalam pelaburan
Ibarat:
Rasa dia lain.
Ini yang ramai pelabur tak sedar.
Untung → kemudian rugi…
itu roller coaster psikologi yang sebenar.
Barulah saya faham maksud “Ride a roller coaster” dalam pelaburan.
Psikologi dalam pelaburan ini mengajar banyak pengalaman. Selepas melalui semua ni, saya sedar beberapa benda:
1. Market sentiasa bergerak, emosi kita yang tak stabil
Pasaran naik turun, itu normal.
Yang tak normal ialah kita refresh telefon sampai 20 kali sejam.
2. Untung tak bermakna kita bijak, rugi tak bermakna kita gagal
Kadang-kadang naik sebab sentimen.
Kadang-kadang jatuh sebab news global.
Performance jangka pendek bukan cermin kebijaksanaan.
3. Rugi selepas untung lebih sakit, tapi inilah real growth
Itu tandanya kita mula ambil pelaburan ini serius.
Dan itu bagus — kita sedang matang sebagai pelabur.
4. Yang penting ialah strategi, bukan emosi
DCA.
Long-term.
Diversifikasi.
Ini yang menguatkan bila mental hampir goyang.
Berdasarkan dari pembacaan saya untuk memujuk psikologi dalam pelaburan:
Kalau anda pernah rasa apa yang saya rasa:
untung → gembira → jatuh → panik → bangkit semula…
Adakah saya sebenarnya berada di jalan yang betul?
Pelaburan bukan tentang menang setiap hari,
tapi tentang kemampuan menahan badai dan terus konsisten.
Hari ini merah tak bermakna tahun depan tak boleh hijau semula.
Pasaran naik turun.
Tapi pelabur yang berjaya… tetap bergerak ke depan.
Harap saya boleh terus pujuk diri ini untuk kekal melabur dan mengasah perasaan psikologi dalam pelaburan.
Misi RM1 juta ni masih jauh. Apa cerita dengan pelaburan bulan November 2025. Untuk ringkaskan boleh saya letakkan dalam jadual sahaja. Buat masa ini saya hanya melabur di Moomoo, Versa dan Luno sahaja. Seperti biasa pesanan saya,
Sebelum mula melabur, pastikan ada simpanan kecemasan berjumlah 6 bulan gaji tetap anda.
Simpana kecemasan ini boleh diletakkan di tempat yang mudah cair. Maksudnya kita boleh ambil simpanan ini segera jika berlaku kecemasan. Simpanan kecemasan saya letakkan di dalam Tabung Haji. Mengapa Tabung Haji? Kerana dijamin oleh kerajaan dan kebarangkalian untuk rugi hampir 0 dan boleh dapatkan pulangan dividen tahunan.
| Platform | Modal (RM) | Nilai Semasa (RM) | Untung/Rugi (RM) | Profit (%) |
| Moomoo | 56,100 | 60,880.62 | 4,780.62 | 8.52% |
| Versa | 16,500 | 19,190.91 | 2,690.91 | 16.31% |
| Luno | 15,000 | 7,729.00 | -7,271.00 | -48.47% |
| Jumlah | 87,600 | 87,800.53 | +200.53 | +0.23% |
Perkembangan Pelaburan November 2025
Alhamdulillah. Secara keseluruhannya mengalami keuntungan. Namun keuntungan semakin mengecil berbanding bulan Oktober 2025 lepas. Pasaran sahan US mengalami sedikit penurunan. Ramai orang takutkan AI bubble. Saham NVDIA juga menurun. Ada persaingan dari google yang juga mengeluarkan AI chip. Kripto mengalami kejatuhan yang sangat dahsyat. Mujur juga saya buat keputusan untuk jual sebelum ini. Berkuranglah sikit kerugiaannya.
Strategi buat masa ini saya keluarkan sedikit pelaburan kripto dan pindahkan ke dalam moomoo. Saya beli saham AXREIT. Harapnya AXREIT ini lebih stabil dan boleh beri dividen yang tinggi. Namun selepas beli je saham ini terus turun harga. Tak tahu la kenapa rasa selepas beli je mana-mana stok saham harganya akan turun.

Saham Malaysia yang saya beli. Banyak rugi je. Harapkan dapat dividen nanti untuk cover kerugian ini.
Moomoo pula kebanyakkan saya laburkan di SPUS (ETF Trust Sp Dund S&P 500 Shariah). Bolehlah nampak kenaikan harga SPUS ni.
Versa sebelum ni saya melabur di Versa Gold, kemudian saya switch fund kepada Versa Global-i
Hendak cuba juga laksanakan misi RM1 juta anda. Boleh cuba guna platform yang saya guna ini.
Versa – Aplikasi pengurusan kewangan dan pelaburan digital tempatan. Versa memudahkan simpanan berjadual dan pelaburan dalam dana bersama (unit trust) dengan hanya beberapa klik(versa.com.myversa.com.my). Antaranya, Versa menawarkan simpanan berfaedah sehingga 4.77% setahun (nett) dan pilihan pelaburan Islamik. Versi mudah alihnya diregulasi oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)(versa.com.my), jadi selamat untuk pemula.
Meet Versa, a digital wealth app that helps you save, invest and grow, so you can achieve financial wellness. Save and invest easily, with the help of expert fund managers from AHAM Asset Management Bhd.
Join me and we’ll both enjoy RM10 reward! 🎁
Get started:
Make your first Cash In of min. RM100)
Download the Versa app: https://download.versa.com.my/1bAf/referral?deep_link_value=DNTL2CBZ
Sign up with my code DNTL2CBZ
moomoo Malaysia – Aplikasi trading saham dan ETF. Moomoo terkenal dengan komisen 0% untuk dagangan saham Malaysia bagi tempoh promosi (180 hari pertama)(moomoo.com). Tiada deposit minimum diperlukan, dan akaun boleh dibuka secara dalam talian dengan mudah(moomoo.com). Moomoo turut menyediakan alat analisis berkuasa AI untuk bantu pemula kenal pasti potensi saham. Sesuai untuk mereka yang mahu mula trading saham secara aktif, walaupun baki permulaan kecil.
Catch the rising trend of US stocks & get FreeTSLA* together!
Register with moomoo, enjoy 5%* p.a. Guaranteed Returns & Free Apple Share>>Register with moomoo & enjoy RM1,800 new customer benefit!
https://www.moomoo.com/my/promotion/referee?inviter=103606529&global_content=%7B%22promote_id%22%3A15066%2C%22sub_promote_id%22%3A3%7D)
Luno – Platform kripto global yang mempunyai cawangan di Malaysia. Luno adalah salah satu Pertukaran Aset Digital (DAX) berdaftar SC di Malaysia(sc.com.my) Ia membolehkan pengguna membeli, menjual dan menyimpan Bitcoin, Ethereum dan beberapa altcoin lain secara selamat. Antaramuka yang mesra pengguna sesuai untuk pendatang baru mengenali dunia kripto.
Anda dijemput!
- Daftar dengan pautan jemputan saya
- Buat deposit dan beli sebarang kripto bernilai RM 250 (tidak termasuk Luno Exchange)
- Kita akan terima BTC percuma bernilai RM 75
Jika ada soalan tentang cara guna platform ini boleh hubungi saya. Saya boleh kongsikan setakat mana yang saya tahu.