Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

ikuti perjalanan pelaburan saya.
Apakah itu kekayaan? Di zaman ini dengan maklumat dan berita yang mudah diperoleh kita sering kali membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan yang ditonjolkan di dalam media sosial. Kadang kala ketika melayari facebook, instagram, timbul perasaan cemburu ketika sahabat-sahabat kemaskini media sosial mereka dengan aktiviti melancong di luar negara, membeli kereta baharu, ubahsuai rumah dan lain-lain lagi. Dalam hati kadang terdetik perasaan cemburu yang membuatkan hati ingit turut sama membuat perkara tersebut iaitu tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan di dunia ini untuk tunjukkan siapa yang lebih berjaya. Dan dalam pemikiran ramai lebih berjaya bermaksud lebih kaya. Tetapi benarkah kenyataan itu?
Zuhair bin Harb dan Ibn Numair telah memberitahu kami, mereka berkata: Sufyan bin Uyainah telah memberitahu kami, daripada Abu Az-Zinad, daripada Al-A’raj, daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Kekayaan itu bukanlah dengan sebab banyaknya harta benda, tetapi kekayaan yang sebenar adalah kekayaan jiwa.”
Kekayaan bagi saya ialah dengan merasa cukup dengan apa yang ada. Tidak perlu hendak membandingkan dengan orang lain. Cukup sekadar merasa cukup dengan perkara yang telah kita miliki dan berusaha perbaiki kehidupan kita ini. Antara punca saya memulakan pelaburan adalah untuk tambah baiki kehidupan saya ini pada masa hadapan.
Pada tahun ini ada saudara saya mengajak untuk menunaikan ibadah Umrah. Walaupun dalam perkiraan saya mampu untuk menunaikan umrah, namun mengikut perancangan saya tangguhkan dahulu dan bercadang untuk tunaikan dalam tempoh 3 – 5 tahun lagi. Adakah keputusan saya ini betul? Mungkin ada yang kata saya berkira dalam urusan ibadah. Adakah saya masih bernafas dalam 5 tahun akan datang? dan macam-macam lagi. Namun saya bulatkan hati untuk teruskan melabur dengan harapan untuk mendapat faedah kompaun dari pelaburan ini. Harapan saya pada masa hadapan bila pelaburan saya sudah meningkat, faedah kompaun itu mampu untuk menampung perbelanjaan saya menunaikan umrah. Jika itu terjadi bukan setakat sekali, mungkin saya boleh tunaikan umrah berkali-kali tanpa mengurangkan modal pelaburan.Adakah saya masih hidup ketika itu? Persoalan itu tiada siapa yang tahu. Ajal maut adalah rahsia Allah. Diri sendiri yang lebih faham niat dan usaha ini.
Ok berbalik kepada cerita apakah itu kekayaan? Teringat kisah keluarga sendiri di zaman 90an. Keluarga saya bukanlah golongan yang senang. Kereta dianggap barang yang mewah pada awal 90an itu kerana tidak ramai keluarga yang memiliki kenderaan. Walaupun tanpa kereta, ayah saya boleh pergi ke kerja setiap hari dengan motosikalnya. Kami sekeluarga juga boleh pulang ke kampung setiap kali perayaan dengan menaiki bas. Waktu itu tidak terasa bahawa kereta sesuatu yang perlu ada. Jika ada kereta boleh memudahkan kehidupan tetapi tidak terasa satu kemestian untuk memiliki kereta. Nak ke mana-mana boleh menaiki bas. Tetapi berbeza dengan zaman kini. Benda pertama yang akan dibeli oleh kebanyakkan golongan muda yang baru memulakan pekerjaan ialah kereta. Katanya tanpa kereta tidak boleh ke tempat kerja atau kemana-mana. Hal ini kerana persepsi kita sudah berubah dari tahun 90an ke tahun 2020an ini. Apabila kita sudah hidup senang, sukar untuk kita kembali kepada kehidupan yang kita anggap sukar walaupun awal 90an tiada kereta adalah perkara biasa. Perkhidmatan bas sehenti semakin kurang kerana tiada permintaan. Jika dilihat kebanyakkan pengguna perkhidmatan bas sehenti adalah pekerja asing.
Pemilikan kereta kini menjadi satu keperluan bagi kebanyakan keluarga. Namun, keperluan ini datang bersama beban kewangan yang besar. Ramai yang terpaksa mengikat pinjaman bank sehingga sembilan tahun lamanya. Sepanjang tempoh itu, sebahagian besar tenaga dan masa bekerja digunakan untuk membayar hutang tersebut. Walaupun kereta memudahkan urusan harian, ia tetap menjadi komitmen jangka panjang yang menekan kewangan keluarga.
Jika kita menoleh ke belakang, suatu ketika dahulu gaji sebanyak RM1000 sudah dianggap mewah dan mencukupi untuk menampung kehidupan sekeluarga. Namun, keadaan kini jauh berbeza. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, jumlah gaji sebegitu tidak lagi memadai. Akibatnya, ramai yang terpaksa mencari jalan untuk menambah pendapatan, sama ada melalui kerja lebih masa, pekerjaan sampingan, atau perniagaan kecil-kecilan.
Dahulu, hanya bapa yang keluar bekerja sudah cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga. Ibu pula lebih banyak berada di rumah, menguruskan anak-anak dan hal ehwal keluarga. Tetapi kini, keadaan telah berubah. Kos hidup yang semakin tinggi memaksa kedua-dua ibu dan bapa keluar bekerja. Persoalannya, adakah benar tidak cukup jika hanya seorang yang bekerja? Hakikatnya, bagi kebanyakan keluarga, pendapatan tunggal memang sukar untuk menampung segala keperluan asas seperti makanan, pendidikan, pengangkutan, dan tempat tinggal. Tetapi rasanya selera kita yang semakin besar menuntut kita bekerja lebih bagi memenuhi nafsu kita itu.
Perubahan gaya hidup ini turut memberi kesan kepada perkhidmatan masyarakat. Perkhidmatan bas sehenti semakin berkurangan kerana permintaan menurun. Ramai lebih memilih untuk memiliki kereta sendiri walaupun terpaksa berhutang. Sebaliknya, perkhidmatan taska semakin meningkat kerana semakin ramai ibu-ibu yang bekerjaya. Anak-anak perlu dijaga dengan baik sementara ibu bapa keluar bekerja, dan hal ini menambah lagi kos perbelanjaan keluarga.
Sebenarnya pada pandangan saya, gaya hidup kita di zaman ini yang membuatkan kita rasa tidak cukup. Contohnya saya pernah menonton satu rancangan TV tentang kehidupan keluarga yang miskin dengan anak kecil. Antara bantuan yang ditekankan oleh keluarga itu ialah kos lampin pakai buang untuk anak. Seingat saya ketika kecil dahulu sewaktu ibu uruskan adik-adik saya, tidak menggunakan lampin pakai buang. Seingat saya ialah deretan lampin kain yang disidai ibu di ampaian. Adik akan dipakaikan lampin kain itu dengan lapisan plalstik di luar untuk elakkan kebocoran. Lampin kain dan lampin plastik ini boleh dipakai berulang kali. Adik hanya akan dipakaikan lampin pakai buang jika keluar berjalan atau dalam bas pulang ke kampung.
Apakah itu kekayaan? Pendapat saya ialah rasa cukup dengan apa yang ada. Berbelanja dibawah kemampuan. Semakin kita inginkan keselesaan dalam hidup semakin tinggi kos kehidupan kita. Semua orang inginkan kehidupan yang selesa. Namun kita perlu tahu had kita dan had setiap orang adalah berbeza. Jangan terlampau obses dengan melancong di luar negara dengan slogan “reward diri sendiri”, “apa salahnya”, “takut tak sempat nanti mati tak pernah ke luar negara”. Jika mampu teruskan. Jika tidak mampu untuk melancong buatlah amal ibadah sebaiknya moga-moga kita semua ditempatkan di syurga nanti. Nikmat di dunia ini adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan nikmat di syurga.
Apakah itu kekayaan? Walaupun rasa cukup dengan apa yang ada, saya juga berusaha untuk menambah pendapatan dengan cara yang lain juga iaitu pelaburan. Jom saya tunjukkan kemaskini pelaburan saya setelah setahun saya mulakan melabur.
Sebelum mula melabur, pastikan ada simpanan kecemasan berjumlah 6 bulan gaji tetap anda.
Simpana kecemasan ini boleh diletakkan di tempat yang mudah cair. Maksudnya kita boleh ambil simpanan ini segera jika berlaku kecemasan. Simpanan kecemasan saya letakkan di dalam Tabung Haji. Mengapa Tabung Haji? Kerana dijamin oleh kerajaan dan kebarangkalian untuk rugi hampir 0 dan boleh dapatkan pulangan dividen tahunan.
| Platform | Modal (RM) | Nilai Semasa (RM) | Untung/Rugi (RM) | Profit (%) |
| Moomoo | 59,100 | 63,368.55 | 4,268.55 | 7.22% |
| Versa | 11,999 | 14,857.72 | 2,858.62 | 23.82% |
| Webull | 9,000 | 9,010.5 | 10.50 | 0.12% |
| Luno | 15,000 | 7,264 | -7,736 | 51.57% |
| Jumlah | 95,099 | 94,500.77 | -598.33 | -0.63% |
Perkembangan Pelaburan Disember 2025
Bulan ini kembali profit negatif. baru 4 bulan merasa profit tetapi kali kembali negatif. huhu. Betul ke ni? Lemah semangat. Kebanyakkan negatif adalah kerana kripto dan juga pengukuhan matawang RM. Ketika ini USD1 = RM4.06. Kebanyakkan pelaburan saya dalam USD. Memang merudum juga la nilai dalam RM.

Dari graf ini boleh dilihat modal dan nilai keseluruhan pelaburan lebih kurang saja. Mana compound interest? Mungkin masih bersembunyi lagi. Apapun laksanakan slogan “teruskan membeli”.
Versa – Aplikasi pengurusan kewangan dan pelaburan digital tempatan. Versa memudahkan simpanan berjadual dan pelaburan dalam dana bersama (unit trust) dengan hanya beberapa klik(versa.com.myversa.com.my). Antaranya, Versa menawarkan simpanan berfaedah sehingga 4.77% setahun (nett) dan pilihan pelaburan Islamik. Versi mudah alihnya diregulasi oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)(versa.com.my), jadi selamat untuk pemula.
Meet Versa, a digital wealth app that helps you save, invest and grow, so you can achieve financial wellness. Save and invest easily, with the help of expert fund managers from AHAM Asset Management Bhd.
Join me and we’ll both enjoy RM10 reward! 🎁
Get started:
Make your first Cash In of min. RM100)
Download the Versa app: https://download.versa.com.my/1bAf/referral?deep_link_value=DNTL2CBZ
Sign up with my code DNTL2CBZ
moomoo Malaysia – Aplikasi trading saham dan ETF. Moomoo terkenal dengan komisen 0% untuk dagangan saham Malaysia bagi tempoh promosi (180 hari pertama)(moomoo.com). Tiada deposit minimum diperlukan, dan akaun boleh dibuka secara dalam talian dengan mudah(moomoo.com). Moomoo turut menyediakan alat analisis berkuasa AI untuk bantu pemula kenal pasti potensi saham. Sesuai untuk mereka yang mahu mula trading saham secara aktif, walaupun baki permulaan kecil.
Catch the rising trend of US stocks & get FreeTSLA* together!
Register with moomoo, enjoy 5%* p.a. Guaranteed Returns & Free Apple Share>>Register with moomoo & enjoy RM1,800 new customer benefit!
https://www.moomoo.com/my/promotion/referee?inviter=103606529&global_content=%7B%22promote_id%22%3A15066%2C%22sub_promote_id%22%3A3%7D)
Luno – Platform kripto global yang mempunyai cawangan di Malaysia. Luno adalah salah satu Pertukaran Aset Digital (DAX) berdaftar SC di Malaysia(sc.com.my) Ia membolehkan pengguna membeli, menjual dan menyimpan Bitcoin, Ethereum dan beberapa altcoin lain secara selamat. Antaramuka yang mesra pengguna sesuai untuk pendatang baru mengenali dunia kripto.
Anda dijemput!
- Daftar dengan pautan jemputan saya
- Buat deposit dan beli sebarang kripto bernilai RM 250 (tidak termasuk Luno Exchange)
- Kita akan terima BTC percuma bernilai RM 75
Jika ada soalan tentang cara guna platform ini boleh hubungi saya. Saya boleh kongsikan setakat mana yang saya tahu.