Ikuti perjalanan saya mencapai kebebasan kewangan. Apakah itu dana kecemasan dan kepentingan dana kecemasan? Mengapa ramai yang menasihatkan supaya kita ada simpanan dana kecemasan ini? Sesuai dengan namanya dana kecemasan ini adalah simpanan yang boleh digunakan jika berlaku kecemasan. Contohnya kerosakan kereta ketika kita sedang mengalami krisis kewangan, jatuh sakit, tiada pekerjaan dan macam-macam lagi.
Kepentingan Dana Kecemasan
Seperti biasa sebagai ibu bapa, awal tahun merupakan bulan yang perlukan banyak perbelanjaan terutamanya untuk urusan sekolah anak-anak. Saya juga tidak terlepas untuk tahun ini. Anak sulong masuk sekolah menengah asrama manakala anak bongsu pula hendak mendaftar masuk taska.
Sebelum ini saya dengar keluhan rakan-rakan tentang perbelanjaan besar untuk sekolah anak-anak terutama jika anaknya ramai. Tetapi saya tidak faham perkara tersebut kerana masih tidak faham dan tiada pengalaman kerana sebelum ini anak bersekolah rendah dan bagi saya tiada bebanan kewangan untuk perkara ini.
Jika sebelum ini isteri bekerja dan sedikit sebanyak membantu saya dalam kewangan jika sesak. Tetapi disebabkan saya telah berpindah kerja dan isteri berhenti kerja untuk mengikut saya berpindah jadi kali ini beban kewangan diitanggung oleh saya seorang. Awal tahun 2026 ini memberi pengajaran kepada saya tentang kepentingan dana kecemasan. Rupanya untuk persekolahan anak-anak sememangnya memerlukan belanja yang besar.
Persiapan anak saya ke sekolah menengah untuk membeli baju baharu, kelengkapan sekolah baharu, yuran sekolah, yuran koperasi sekolah dan pelbagai lagi barang-barang untuk persekolahan rasanya melebihi RM2,000. Yuran sekolah dan yuran koperasi sekolah sahaja sudah lebih RM800.
Anak bongsu pula mendaftar ke taska yang juga memerlukan belanja ribuan ringgit. Yuran taska sekarang boleh tahan mahal juga iaitu lebih kurang RM1,200. Nak hantar ke prasekolah tiada peluang kerana baru pindah dan kuota sudah penuh. Kalau ada pun di sekolah yang sedikit jauh.
Secara kasarnya bulan ini memerlukan tambahan RM3,500 untuk berbelanja persekolahan dan juga cukai pintu dan cukai tanah untuk rumah. Sememangnya duit gaji yang saya terima tidak mampu untuk menampuang tambahan perbelanjaan ini.
Penyelesaian untuk perbelanjaan tambahan awal tahun 2026
Jadi apakah penyelesaian untuk masalah saya ini? Apakah kepentingan dana kecemasan dalam hal ini? Saya tak nampak cara lain melainkan menggunakan simpanan dana kecemasan untuk menampung belanja tambahan bulan ini. Mujur ada juga simpanan ini. Kalau tidak terpaksa juga saya pinjam duit adik beradik. Saya bersyukur kerana dibukakan hati ini untuk rajin menyimpan dari kecil. Jadi awal tahun ini saya korek dana kecemasan saya di tabung haji ini. Boleh la berbelanja dengan tenang untuk keperluan anak-anak.
Setelah ambil dana simpanan kecemasan ini, saya perlu pastikan bulan seterusnya untuk ambil sedikit gaji untuk masukkan dalam dana kecemasan ini supaya menjadi jumlah 6 bulan gaji kembali. Perkara ini penting untuk perbelanjaan kecemasan di masa hadapan.
Rasanya selepas ini saya perlu juga wujudkan tabung untuk pendidikan anak-anak. Setelah buat sedikit pencarian saya berhasrat untuk daftar SSPN sebagai tabung pendidikan anak-anak. Selain dapat simpan dengan selamat, dapat juga dividen dari simpan dan penolakan cukai pendapatan dari kerajaan.
Jika anak ada rezeki untuk sambung belajar nanti sekurang-kurangnya ada juga simpanan untuk mereka. Dalam membuat pelaburan untuk diri sendiri, kebajikan anak-anak juga perlu diutamakan. Walaupun saya rasa sudah lewat untuk memulakan tabung pendidikan anak-anak. Tetapi biar lewat dari tiada langsung.
Jika dahulu saya tak kisah pun kerana tiada siapa yang akan ajarkan. Kalau ada yang ajar pun saya buat tak kisah je dahulu kerana tiada ilmu tentang kewangan. Sebab itu saya rasanya yang penting untuk kita semua mendalami ilmu tentang kewangan peribadi ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya apakah kepentingan dana kecemasan? Bagi saya dana ini adalah satu perlindungan pada waktu-waktu yang kita sesak dalam mengurus belanja. Bagi pelabur seperti saya, dana ini penting supaya saya tidak ganggu pelaburan saya. Bulan Jan 2026 ini prestasi saham dan kripta kurang memuaskan. Jika saya tiada dana kecemasan ini semestinya saya akan jual saham yang ada ini walaupun dalam kerugian untuk menampung perbelanjaan. Bukankah itu satu kerugian yang besar?
Prestasi Pelaburan Jan 2026
Rekod Pelaburan sehingga Jan 2026
Prestasi pelaburan bulan Jan 2026 ini nampaknya juga kurang memberansangkan. Nilai pelaburan kurang dari modal yang dilaburkan. Dengan kata lain masih rugi. Pasaran saham bermula garang pada awal bulan dengan banyak stok meningkat. SPUS juga meningkat sehingga USD52 seunit. Namun begitu peningkatan matawang RM menjadikan peningkatan USD tidak dirasai. Alhamdulillah RM meningkat, tetapi ada juga suara-suara jahat dalam hati ni kata rugi lah RM naik. Pelaburan dalam USD ini nampak tidak untuk dalam RM.
Emas paling meroket bulan ini. Cuma hujung bulan Jan 2026 emas alami kejatuhan sehingga 7% dalam 1 hari.
Hooray…nilai pelaburan saya berjaya pecahkan RM100k. Bagaimana boleh pecah? Jawapannya sebab saya jual 1 dinar emas yang saya beli pada tahun 2012. Pada tahun 2012 saya ada beli 1 dinar emas 916 dengan harga lebih kurang RM700. Selama 14 tahun saya simpan 1 dinar emas itu dan bila rasa emas tengah naik bulan ini saya pun buat keputusan untuk jual 1 dinar tersebut.
Saya berjaya menjual 1 dinar emas 916 tersebut dengan harga RM2,750. Peningkatan hampir 4 kali ganda dalam tempoh 14 tahun. Hasil jualan dilaburkan pada stok Microsoft. Elok je saya beli saham Microsoft jatuh hampir 10%. Apalah nasib saya ni. Memang takda luck dalam saham. Sebelum ini jual kripto dan beli Axreit dalam bursa Malaysia juga macam tu. Lepas beli je saham Axreit jatuh. Sabar je lah. Harap boleh naik semula nanti.
Mulakan Pelaburan Anda dengan Platform ini
Versa – Aplikasi pengurusan kewangan dan pelaburan digital tempatan. Versa memudahkan simpanan berjadual dan pelaburan dalam dana bersama (unit trust) dengan hanya beberapa klik(versa.com.myversa.com.my). Antaranya, Versa menawarkan simpanan berfaedah sehingga 4.77% setahun (nett) dan pilihan pelaburan Islamik. Versi mudah alihnya diregulasi oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)(versa.com.my), jadi selamat untuk pemula.
Kelebihan Versa ini ialah ada Money Market Fund. Kepentingan dana kecemasan? Anda boleh letak dana kecemasan dalam Versa Cash-i yang membeli pulangan harian dengan faedah dalam 3.2% setahun.
Meet Versa, a digital wealth app that helps you save, invest and grow, so you can achieve financial wellness. Save and invest easily, with the help of expert fund managers from AHAM Asset Management Bhd.
moomoo Malaysia – Aplikasi trading saham dan ETF. Moomoo terkenal dengan komisen 0% untuk dagangan saham Malaysia bagi tempoh promosi (180 hari pertama)(moomoo.com). Tiada deposit minimum diperlukan, dan akaun boleh dibuka secara dalam talian dengan mudah(moomoo.com). Moomoo turut menyediakan alat analisis berkuasa AI untuk bantu pemula kenal pasti potensi saham. Sesuai untuk mereka yang mahu mula trading saham secara aktif, walaupun baki permulaan kecil.
Luno – Platform kripto global yang mempunyai cawangan di Malaysia. Luno adalah salah satu Pertukaran Aset Digital (DAX) berdaftar SC di Malaysia(sc.com.my) Ia membolehkan pengguna membeli, menjual dan menyimpan Bitcoin, Ethereum dan beberapa altcoin lain secara selamat. Antaramuka yang mesra pengguna sesuai untuk pendatang baru mengenali dunia kripto.
Anda dijemput!
Daftar dengan pautan jemputan saya
Buat deposit dan beli sebarang kripto bernilai RM 250 (tidak termasuk Luno Exchange)
Kita akan terima BTC percuma bernilai RM 75
https://www.luno.com/invite/H27Z65
Jika ada soalan tentang cara guna platform ini boleh hubungi saya. Saya boleh kongsikan setakat mana yang saya tahu.