Ada ke Altseason pada 2025?

Pada post yang lepas “apa itu bitcoin halving dan altseason” aku ada ceritakan bagaimana aku terjun ke dalam pelaburan kripto ini. Sepanjang sebulan lebih aku dalam dunia kripto ini memang banyak cabaran. Hampir setiap hari aku tengok graf di Luno app aku tu. Apa yang aku dapat simpulkan kripto amat volatile turun naik memang macam rollercoaster. Turunnya banyak, naik sikit saja. Sehingga aku tertanya-tanya, betul ke akan ada Altseason pada tahun 2025 ini.

Sebelum aku ceburi, sudah banyak aku baca di media sosial, buku dan kaji sejarah pattern coin. Waktu tu aku cukup yakin akan adanya altseason dan boleh rebut pelung ini untuk tingkatkan duit aku. Tapi hari ini (25 Jan 2025) aku dah mempersoalkan kembali perkara itu.

Perancangan awal aku untuk altseason:

  • Tetapkan modal
  • Hold modal sehingga bulan penghujung Mac 2025
  • Target profit adalah 2-3X

Nampak macam mudah saja perancangan awal aku ni. Tapi hakikatnya tidaklah seindah itu.

Jika takut di lantai ombak jangan berumah di tepi pantai

Hati kena kental. Emosi perlu logik tak terikutkan perasaan sangat dan FOMO is real.

Boleh tengok graf turun naik kripto aku ni. Garisan merah itu adalah modal yang aku laburkan. Hampir sepanjang masa aku di jurang kerugian.

Sebelum dan selepas krismas 2024

Sebelum krismas, kebanyakkan kripto memang merah. Banyak yang kata akan naik selepas krismas tetapi selepas krismas pun masih merah lagi. Kerugian aku di titik terbawah pada 31 Dis 2025 hampir 18% kerugian daripada modal. Ketika itu aku sudah dalam dilema dengan keputusan untuk melabur dalam kripto ini. Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku jual semua untuk elakkan kerugian lebih besar.

Tetapi aku kuatkan hati. Mujur juga modal melabur adalah duit simpanan yang tak jejaskan kehidupan harian. Tapi sakit hati juga tengok kalau selalu rugi sahaja.

Tahun Baharu 2025

Selepas tahun baharu 2025 barulah ada peningkatan dalam pelaburan. Mujur tak jual sebelum ini. Puncak tertinggi adalah pada 7 Jan 2025 yang mana keuntungan aku ketika itu adalah 4%. Tetapi aku harapkan cerah hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Rugi semula selepas itu.

Katanya pertabalan Trump sebagai presiden Amerika akan membuatkan kripto pump, tapi selepas 20 Jan 2025 seperti tidak memberi kesan kepada Kripto. Mendatar je pergerakan. Tapi yang aku nampak turun tu tak dalam sangat seperti sebelum ini.

Sehinggalah hari ini 25 Jan 2025 aku masih lagi kerugian 4%. Apapun aku masih lagi berpegang kepada rangcangan awal untuk jual pada penghujung Mac 2025.

Jadi adakah akan ada Altseason pada tahun 2025 ini? Entahlah aku pun sudah tak yakin.

Akan aku coretkan lagi di post yang akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *