Banyak wang kurang masalah kewangan?

Banyak wang kurang masalah kewangan? Kita kaji situasi berikut. Ali seorang pekerja dengan gaji bulanan RM 3000.00. Ali membeli kereta Perodua Bezza untuk ulang-alik ke pejabat. Menyewa rumah apartment bersama keluarga. Selalu makan di rumah dan kadang-kala keluar makan bersama keluarga. Membeli pakaian, membayar bil, perbelanjaan dapur, simpanan dan lain-lain lagi.

Mari kita bandingkan dengan Abu yang berpendapatan bulanan RM 6000.00. Semestinya menggunakan kereta Honda City, menyewa di rumah teres atau semi-d, kerap melancong, lebih kerap makan di luar atas kesibukan bekerja, berbelanja untuk barangan dapur, bil, hiburan, simpanan dan lain-lain lagi.

banyak wang kurang masalah kewangan

Siapa yang lebih kaya? Adakah banyak wang kurang masalah kewangan?

Jika dibandingkan antara Ali dan Abu boleh dikatakan kedua-dua individu ini adalah sama dari segi kekayaan walaupun jumlah wang yang berbeza. Seperti pepatah melayu,

Besar Periuk Besarlah Keraknya

Semestinya menjadi fitrah manusia lebih banyak duit, lebih banyak kita akan berbelanja. Berapa banyak orang di sekeliling kita yang bersedia untuk menukar kereta baharu apabila mendengar akan menerima kenaikan gaji. Akan pergi melancong ke luar negara ketika mendengar bonus yang tinggi untuk tahun ini.

Jika kita katakan orang yang banyak duit tiada masalah kewangan, masakan kita pernah mendengar ada artis, atlit sukat yang sebelum ini adalah seorang jutawan tetapi kemudian bankrup.

Banyaknya wang, tetapi banyak dihabiskan mengikut nafsu tidak mustahil kita akan kekal seperti kita sekarang ini walaupun setiap tahun menerima kenaikan gaji dan bonus.

Kisah Michael Carroll (Pemenang Loteri dari UK)

  • Latar Belakang: Michael Carroll adalah seorang pekerja pengumpulan sampah di Norfolk, England, yang hidup sederhana sebelum menang loteri.
  • Wang yang diterima: Pada tahun 2002, dia memenangi £9.7 juta (kira-kira RM55 juta) daripada National Lottery pada usia 19 tahun.
  • Apa yang berlaku selepas itu:
    • Carroll membelanjakan wangnya secara boros, membeli rumah mewah, kereta mahal, dan perhiasan.
    • Dia juga terlibat dengan dadah, alkohol, dan pesta liar, yang memakan sebahagian besar kekayaannya.
    • Carroll membantu rakan-rakan dan keluarga secara tidak terkawal, menyebabkan wangnya cepat habis.
    • Pada akhirnya, dia menghadapi masalah undang-undang, termasuk beberapa penangkapan.
  • Keadaan sekarang: Dalam masa kurang daripada 10 tahun, Carroll kehilangan segala-galanya dan kembali bekerja sebagai buruh biasa. Dia dilaporkan menyatakan bahawa dia lebih bahagia tanpa wang itu, tetapi kisahnya menjadi pengajaran tentang pengurusan kewangan. Carroll pernah banyak wang kurang masalah kewangan? Jawapan saya mungkin tidak. Yang penting adalah pandai urus kewangan berbanding banyak wang.

Mengapa Ini Berlaku?

  1. Kekurangan Pendidikan Kewangan: Wang yang banyak memerlukan pengetahuan bagaimana mengurus dan melabur untuk jangka panjang. Ramai yang tidak memahami kepentingan ini.
  2. Gaya Hidup Mendadak: Individu yang tidak biasa dengan kekayaan cenderung terpengaruh untuk berbelanja besar dan memenuhi kehendak, bukan keperluan.
  3. Tekanan Sosial: Pemenang wang besar sering menjadi sasaran ahli keluarga dan rakan-rakan yang meminta bantuan kewangan. Tanpa kawalan, wang mereka habis dengan cepat.
  4. Tiada Perancangan Masa Depan: Kekayaan besar tidak kekal tanpa perancangan seperti melabur, menabung, atau mendapatkan nasihat kewangan profesional.

Pengajaran

Kisah seperti Michael Carroll menunjukkan bahawa wang sahaja bukanlah jaminan untuk keluar dari kemiskinan atau mencapai kestabilan kewangan. Sikap, disiplin, dan ilmu pengurusan kewangan memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada seseorang mampu memanfaatkan kekayaan mereka atau tidak. Jadi manfaatkan masa untuk mempelajari ilmu pengurusan kewangan. Seterusnya bersyukur dengan apa yang kita miliki. Tidak perlu untuk membandingkan diri dengan orang yang lain. Hidup di dalam kemampuan bukannya di luar kemampuan. Banyak wang kurang masalah kewangan? Tidak. Banyak ilmu pengurusan kewangan dan mengamalkannya untuk kurangkan masalah kewangan.

Wang adalah alat, tetapi cara ia digunakan menentukan hasilnya.

Jadi apakah maksud kekayaan sebenarnya? Setiap orang ada definisi masing-masing. Tetapi bagi aku kekayaan adalah apabila kita boleh hidup dengan perbelanjaan kurang dari pendapatan kita dan simpanan yang cukup untuk lebih 6 bulan jika tiba-tiba kita hilang punca pendapatan.

Banyak atau sedikit adalah subjektif setiap individu. Perkara yang penting adalah lengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan, bersyukur dengan rezeki yang diberi seterusnya berbelanja mengikut kemampuan. Kewangan kita adalah ditentukan oleh kita sendiri.

#perjalananKearahBebasKewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *