Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Pada bulan Oktober 2024 aku ada mengambil kursus dan menduduki ujian untuk mendapatkan sijil “Blockchain Developer” dari EC-Council. Alhamdulillah aku berjaya mendapatkan professional cert.

Pelbagai perkara yang aku pelajari dalam kursus ini seperti decentralized ledger, Bitcoin dan lain-lain mata wang kripto, kaedah bangunkan smart contract gunakan solidity, python dengan menggunakan platform Ethereum dan gas fee. Namun yang menjadi minat aku adalah macam mana sesuatu benda yang dikatakan aset digital ini menjadi bernilai. Semuanya berdasarkan spekulasi, demand & supply.
Selepas itu aku banyak buat carian dan pembacaan mengenai Bitcoin. Keypoint yang penting ialah Bitcoin halving yang berlaku pada April 2024.
Bitcoin halving adalah proses di mana ganjaran blok (block reward) untuk pelombong Bitcoin dikurangkan separuh. Ganjaran blok ialah Bitcoin baharu yang dihasilkan setiap kali pelombong berjaya menambah blok ke dalam blockchain.
Sebagai contoh:
Harga Bitcoin
Selepas halving, bekalan Bitcoin baharu yang masuk ke pasaran menjadi lebih kecil. Jika permintaan kekal tinggi atau meningkat, harganya biasanya melonjak. Itulah sebab ramai mengaitkan halving dengan kenaikan harga besar-besaran (bull run).

Jadi selepas merujuk graf harga bitcoin, aku nampak yang bitcoin memang mengalami kenaikan selepas halving. Namun aku rasakan sudah terlewat untuk aku cuba melabur dalam bitcoin (waktu ini bulan Nov 2024) sehinggalah aku terbaca buku ini:
Buku ini ada menerangkan tentang altseason.


Altseason adalah istilah dalam dunia kripto yang merujuk kepada tempoh di mana harga altcoin (mata wang kripto selain daripada Bitcoin, seperti Ethereum, Solana, Cardano, dan sebagainya) naik dengan ketara, sering kali lebih pantas berbanding Bitcoin.
Secara santai, bayangkan Bitcoin macam “abang besar” dalam dunia kripto. Bila abang besar tengah sibuk atau “berehat” (harga dia stabil atau tak banyak naik), adik-beradik dia yang lain—altcoin—mula tunjuk taring dan dapat perhatian lebih. Masa itulah pelabur berpusu-pusu membeli altcoin, sebab mereka nampak peluang buat untung besar.
Maka pada ketika itu terdetik di hati “apa kata aku cuba melabur di kripto ni”.
Aku pun mencari medium yang sesuai untuk melabur kripto ini dan membuat keputusan untuk menggunakan Luno.

Luno Malaysia adalah platform pertukaran mata wang kripto yang popular dan sah digunakan di Malaysia. Ia membolehkan pengguna membeli, menjual, menyimpan, dan belajar tentang mata wang kripto seperti Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP), dan lain-lain.
Luno Malaysia sangat sesuai untuk pemula yang baru nak mula belajar dan melabur dalam mata wang kripto kerana ia selamat, sah, dan mudah digunakan.
Aku ada sertai group di facebook berkenaan kripto ini. Banyak orang yang gunakan platform exchange yang lain seperti Bybit, Binance dan lain-lain. Tapi memandangkan aku tak mahu serabut dan hanya hendak lakukan pelaburan yang santai aku memilih Luno kerana sah digunakan di Malaysia di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
Anda dijemput!
https://www.luno.com/invite/H27Z65
Jadi pada penghujung November 2024 bermulalah perjalanan aku dalam dunia kripto. Harapan aku moga boleh buahkan hasil.
Sambungan Ada ke altseason pada 2025?