Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Misi RM1 juta dalam 10 tahun masih diteruskan. Jadi apa cerita tentang pelaburan saya? Blog ini adalah tempat untuk saya catatkan perjalanan secara masa nyata untuk mencapai cita-cita saya ini. Boleh ikuti perjalanan saya di sini.
Umur saya pada tahun ini (2025) adalah 39 tahun. Oleh itu sebagai langkah kecil saya mencapai misi RM1 juta, saya tetapkan satu langkah kecil untuk mendapatkan nilai pelaburan sekurang-kurannya RM100,000 pada ulang tahun kelahiran saya yang ke 40 pada tahun 2026. Ada lebih kurang 10 bulan dari sekarang. Ketika ini saya boleh katakan yang 70% tercapai kerana kebanyakkan adalah dari sebahagian simpanan sepanjang hidup ini.

Jika ditanya tentang cabaran utama untuk misi RM1 juta dan kekal menyimpan ialah mengawal nafsu berbelanja. Bila ada duit macam-macam teringin nak beli. Contah saya pada bulan ini ada 2 benda yang saya terpaksa beli. Tak pasti sama ada betul atau tidak tindakan saya membeli.
Pertama ialah telefon saya guna sejak tahun 2022 tiba-tiba naik garis light saber. Mula-mula naik satu garis bewarna hijau. Boleh lagi bersabar guna. Tetapi sebulan kemudian naik lagi satu garisan bewarna pink pula. Memang sakit mata tengok skrin dan akhirnya buat keputusan untuk tukar sajalah telefon baharu.
Kedua ialah laptop yang saya gunakan selama 3 tahun tiba-tiba keyboardnya spam satu huruf. Memang tak boleh nak buat kerja. Saya cabut sambungan keyboard dan papan induk dan beli keyboard asing. Tapi setelah saya guna selama 6 bulan keyboard asing tu, ada satu rasa yang lecehnya nak guna laptop ni. Memang boleh guna, tapi portability jadi kurang efisyen. Setiap kali nak guna laptop kena pasang keyboard tu dan perlu bawa sepajang masa keyboard tu. Jadi saya pun beli laptop baharu juga.
Halangan misi RM1 juta. Banyak cabaran saya laksanakan misi RM1 juta ini. Seperti yang sedia maklum, pinjaman peribadi saya telah selesai. Jadi bulan ini memang ada duit tambahan. Jika sebelum ini saya perlu asingkan sejumlah RM1700 untuk membayar pinjaman peribadi ini. Tapi mulai Julai 2025 saya boleh gunakan RM1700 itu sesuka hati. Kalau ikut perancangan awal RM1700 tu saya akan masukkan ke dalam pelaburan. Nampak tak cabarannya bila ada duit? Dari nak masuk ke pelaburan saya membeli belah.
Laptop RM1722 dan telefon RM717 dengan jumlah RM2438. Tidak cukup dengan RM1700 yang saya ada. Bermakna bulan ini pelaburan juga tiada. Jadi saya berfikir bagaimana untuk membeli laptop + telefon + pelaburan. Nampak tamak bukan? Memandangkan RM1700 ini saya akan terima secara konsisten setiap bulan, jadi saya mengambil keputusan untuk mencuba ‘Buy Now Pay Later’ (BNPL). Saya takkan berani buat BNPL jika harapkan dari pendapat sampingan kerana pendapatan sampingan tidak konsisten. Ada bulan yang tiada pendapatan sampingan ini. Saya hanya berani guna BNPL ni kerana yakin akan ada RM1700 ini setiap bulan selepas ini.
BNPL ni kalau tidak berhati-hati boleh menjadi jerat yang memerangkap diri. Laptop dan telefon kali ini dibeli di Shopee satu platform beli-belah yang popular di Malaysia. Shoppe menawarkan perkhidmatan ‘SPayLater’ yang membolehkan beli dulu dan bayar kemudian. Pakej yang dipilih ialah 3 bulan ansuran dengan 0% interest. Maksudnya apa harga yang saya beli, itulah yang saya bayar tanpa ada caj tambahan. Dengan syarat bayar ikut jadual iaitu ikut bil setiap bulan selama 3 bulan. Mula-mula tu terfikir juga untuk gunakan ansuran kad kredit, tetapi jika guna kad kredit, baucar shopee tidak dapat digunakan.
Jadi dengan membeli laptop dan telefon ansuran bulanan yang saya perlu bayar ialah RM813/bulan selama tiga bulan. Ini menjadikan baki RM887 tu boleh dimasukkan ke dalam pelaburan saya. Jadi bulan ini masih boleh dapat laptop, tefon dan juga saya melabur. Harap lepas ini tiada lagi nafsu nak membeli tu. Kalau ikut hati ni banyak yang teringin nak beli. Namun kaedah ini juga membuatkan 3bulan saya melabur dengan jumlah RM887 + pendapatan sampingan. Sasaran awal ialah RM2000 sebulan.
BNPL boleh menjadi alat kewangan yang berguna jika digunakan secara berdisiplin dan berhati-hati. Ia bukan pengganti pendapatan tetap atau penyelesaian masalah kewangan—tetapi boleh membantu jika anda bijak merancang. Kalau tak berhati-hati lagi banyak akan dibazirkan untuk membeli sebab tak rasa duit keluar waktu beli. Tau-tau barang sampai je kat rumah. Akaun bank tak susut pun. Memang bahaya.
BNPL adalah satu tool atau alat kewangan. Boleh mendatangkan faedah dan juga boleh mendatangkan mudarat bergantung kapada cara menggunakan alat tersebut. Yang penting buat kajian dulu, tuntut ilmu sebelum menggunakannya.
Bagi menjayakan misi RM1 juta saya perlu atasi keinginan membeli. Kalau hati teringin nak membeli tu, cara saya ialah tanggukan dulu pembelian. Jangan terus beli pada ketika nampak sesuatu yang dirasakan perlu. Tangguhkan dulu pembelian. Jika selepas seminggu atau lebih masih teringat-ingat bentu tu, boleh la cuba berusaha untuk beli. Sebab kadang teringin je nak beli. Tapi selepas dah beli tak pakai sangat pun.
Nafsu membeli itu memang sukar untuk diabaikan. Tapi kebanyakkan benda yang saya beli kadang atas rasa yang dibeli itu banyak gunanya, terpengaruh dengan iklan dan lain-lain lagi. Tapi selepas beli tu awal-awal je pakai. Selepas tu dah tak guna sangat last-last penuh rumah dengan barang yang tak perlu.
Banyak barang yang tak perlu di rumah ni saya perasan selepas kena berpindah. Waktu susun barang masuk kotak tu sayu je tengok barang-barang yang dibeli tetapi tidak digunakan secara optimum. Memang perpindahan ini banyak mengajar sesuatu. Setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya. Ikut dari sisi mana kita lihat sesuatu perkara itu.
Misi RM1 juta ni masih jauh. Apa cerita dengan pelaburan bulan Julai 2025. Untuk ringkaskan boleh saya letakkan dalam jadual sahaja. Buat masa ini saya hanya melabur di Moomoo, Versa dan Luno sahaja. Seperti biasa pesanan saya,
Sebelum mula melabur, pastikan ada simpanan kecemasan berjumlah 6 bulan gaji tetap anda.
Simpana kecemasan ini boleh diletakkan di tempat yang mudah cair. Maksudnya kita boleh ambil simpanan ini segera jika berlaku kecemasan. Simpanan kecemasan saya letakkan di dalam Tabung Haji. Mengapa Tabung Haji? Kerana dijamin oleh kerajaan dan kebarangkalian untuk rugi hampir 0 dan boleh dapatkan pulangan dividen tahunan.
| Platform | Modal (RM) | Nilai Semasa (RM) | Untung/Rugi (RM) | Profit (%) |
| Moomoo | 38,150 | 39,942 | 1,792 | 4.70% |
| Versa | 10,859 | 12,270 | 1,411 | 12.99% |
| Luno | 24,000 | 18,303 | -5,697 | -23.74% |
| Jumlah | 73,009 | 70,515 | -2,493 | -3.41% |
Nilai keseluruhan buat masa ini masih lagi dalam kerugian. Kalau lihat kerugian adalah di Kripto. Malangnya sekarang kripto turun naik harganya. Susah nak jangkakan. Saya pula masuk kripto waktu harganya hampir di puncak. Memang makan masa nak boleh atasi kerugian ini.
Strategi buat masa ini saya jual dulu kripto di luno. Tengah tunggu harga kripto turun sikit baru masuk semula dalam kripto. Harapnya betul la tindakan saya ni.
Moomoo pula kebanyakkan saya laburkan di SPUS (ETF Trust Sp Dund S&P 500 Shariah). Bolehlah nampak kenaikan harga SPUS ni.
Versa sebelum ni saya melabur di Versa Gold, kemudian saya switch fund kepada Versa Global-i
Hendak cuba juga laksanakan misi RM1 juta anda. Boleh cuba guna platform yang saya guna ini.
Versa – Aplikasi pengurusan kewangan dan pelaburan digital tempatan. Versa memudahkan simpanan berjadual dan pelaburan dalam dana bersama (unit trust) dengan hanya beberapa klik(versa.com.myversa.com.my). Antaranya, Versa menawarkan simpanan berfaedah sehingga 4.77% setahun (nett) dan pilihan pelaburan Islamik. Versi mudah alihnya diregulasi oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)(versa.com.my), jadi selamat untuk pemula.
Meet Versa, a digital wealth app that helps you save, invest and grow, so you can achieve financial wellness. Save and invest easily, with the help of expert fund managers from AHAM Asset Management Bhd.
Join me and we’ll both enjoy RM10 reward! 🎁
Get started:
Make your first Cash In of min. RM100)
Download the Versa app: https://download.versa.com.my/1bAf/referral?deep_link_value=DNTL2CBZ
Sign up with my code DNTL2CBZ
moomoo Malaysia – Aplikasi trading saham dan ETF. Moomoo terkenal dengan komisen 0% untuk dagangan saham Malaysia bagi tempoh promosi (180 hari pertama)(moomoo.com). Tiada deposit minimum diperlukan, dan akaun boleh dibuka secara dalam talian dengan mudah(moomoo.com). Moomoo turut menyediakan alat analisis berkuasa AI untuk bantu pemula kenal pasti potensi saham. Sesuai untuk mereka yang mahu mula trading saham secara aktif, walaupun baki permulaan kecil.
Catch the rising trend of US stocks & get FreeTSLA* together!
Register with moomoo, enjoy 5%* p.a. Guaranteed Returns & Free Apple Share>>Register with moomoo & enjoy RM1,800 new customer benefit!
https://www.moomoo.com/my/promotion/referee?inviter=103606529&global_content=%7B%22promote_id%22%3A15066%2C%22sub_promote_id%22%3A3%7D)
Luno – Platform kripto global yang mempunyai cawangan di Malaysia. Luno adalah salah satu Pertukaran Aset Digital (DAX) berdaftar SC di Malaysia(sc.com.my) Ia membolehkan pengguna membeli, menjual dan menyimpan Bitcoin, Ethereum dan beberapa altcoin lain secara selamat. Antaramuka yang mesra pengguna sesuai untuk pendatang baru mengenali dunia kripto.
Anda dijemput!
- Daftar dengan pautan jemputan saya
- Buat deposit dan beli sebarang kripto bernilai RM 250 (tidak termasuk Luno Exchange)
- Kita akan terima BTC percuma bernilai RM 50
Jika ada soalan tentang cara guna platform ini boleh hubungi saya. Saya boleh kongsikan setakat mana yang saya tahu.
Boleh komen atau berjumpa lagi di coretan saya akan datang untuk sambungan misi RM1 juta ini. Doakan supaya misi RM1 juta saya ini boleh berjaya.