DCA SPUS

Episod 3: Misi RM1 juta dalam 10 tahun

Bertemu lagi di Episod 3: Misi RM1 juta dalam 10 tahun saya. Blog untuk mencatatkan perjalanan saya untuk mencapai misi yang ditetapkan. Berjaya atau tidak bergantung kepada usaha pada masa ini. Boleh baca rekod pelaburan saya di sini.

Bayangkan pada umur 39 tahun ini, setelah bekerja hampir 15 tahun, simpanan 100k pun tiada. Apa yang saya lakukan pada duit gaji tiap bulan agaknya. Shopping, melancong, makan besar? Entahlah dah tak ingat. Yang pasti simpanan tak sampai 100k! Jadi saya perlu mulakan misi RM1 juta ini.

Kisah Sebalik Misi RM1 juta dalam 10 tahun

Entah macam mana bermula tahun lepas selepas dipaksa berpindah tempat kerja, terasa tidak seronok dalam bekerja. Bayangkan sudah selesa bekerja, sudah ada rumah dan isteri pun bekerja tiba-tiba dipaksa untuk berpindah dari Kedah ke Miri tanpa kenaikan pangkat dan gaji. Satu hal pula nak fikir untuk sewa rumah. Nak kena berjauhan dengan keluarga ke sebab isteri bekerja sebagai engineer di syarikat swasta?

Cuba buat rayuan dan hasilnya perpindahan ditukar dari Miri ke Melaka. Masih jauh dan perlukan rumah sewa dan PJJ dengan keluarga. Akhirnya keputusan yang dibuat ialah isteri berhenti kerja.(Terima kasih buat isteriku kerana sudi membuat keputusan ini). Rumah yang ada di Kedah ini disewakan dan kami sekeluarga menyewa di tempat baharu. Keputusan ini membuatkan keluarga kami hilang pendapatan separuh dari sebelum ini. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya.

Dari saat itu kami sekeluarga telah memulakan aktiviti berjimat. Jika sebelum ini berbelanja tanpa tahu ke mana duit gaji pergi. Tetapi kali ini setiap perbelanjaan akan dicatatkan. Bermulalah satu fasa di mana kami perlu bijak dalam pengurusan kewangan keluarga dan bermulalah misi RM1 juta ini. Sesungguhnya kaya bukanlah berapa banyak wang yang kita ada, tetapi adalah merasa cukup dengan apa yang kita ada.

Strategi Kewangan Keluarga

Apa strategi saya untuk misi RM1 juta ini? Hasil dari perpindahan ini, bermulalah kisah saya mempelajari topik pengurusan kewangan dan akhirnya mambuat satu misi yang penting ini. Bagi menjayakan misi ini antara perkara yang saya lakukan ialah:

  • Membuang perbelanjaan untuk perkara yang tidak perlu atau tidak penting
  • Membuat kerja sampingan bagi menambah pendapatan. (saya ada buat website, webapp. Manakala isteri ada membuat kerja berkaitan design digital dan mengajar)
  • Membuat pelaburan untuk menggandakan wang.

Bagi mencapai misi RM1 juta ini saya invest dan bukannya trade. Pada mulanya saya cuba untuk trade tapi macam tak kena dengan jiwa kerana perlu buat homework dan debarannya juga kencang. Jadi saya bertukar strategi kepada investment iaitu melatakkan wang ke dalam dana atau aset yang saya yakin akan naik nilainya pada masa hadapan. Walaupun pelaburan tidak mampu menjana wang dengan pantas yang penting biar lambat asal selamat. Saya mula melabur pada Januari 2025. Buat masa ini saya melabur di

  • SP Funds S&P 500 Sharia Industry Exclusions ETF di Moomo
  • Kripto di Luno
  • Versa cash-i, versa Gold dan Versa Global-i di Versa

Berita Pelaburan

Kripto tu mula-mula melabur memang untung. Tapi disebabkan tamak dalam diri saya tunggu kot-kot la boleh naik lagi harganya. Masuk je awal tahun ni harganya terus merudum. Sampai sekarang rugi. Banyak pula tu. Dah takut nak tambah modal dalam tu. Berhenti sekejap buat masa ini.

SP Funds S&P 500 Sharia Industry Exclusions ETF ni best. Saya kaji dan baca katanya S&P 500 ni berdasarkan sejarah secara purata naik hampir 10% setahun. Jadi saya pun buat keputusan untuk beli secara tetap setiap bulan. Tetapi selepas Donald J. Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat, diperkenalkan Tarif kepada China, dan banyak lagi negara-negara lain. Terus merudum semua saham terutamanya pada bulan April 2025. Mujurlah saya terus tambah modal dalam SPUS ini dan akhirnya pada hujung Jun 2025 SPUS mencapat ATH (all time high).

Di versa pula pada awal tahun saya beli versa gold. Kebetulan memang emas naik meroket tahun 2025 ini. Boleh dapat keuntungan lebih 20% Kenaikan harga emas ini disebabkan ketidaktentuan ekonomi global hasil dari tarif Trump dan bank pusat beberapa negara membeli emas sebagai simpanan sukuannya meningkat dan juga konflik global seperti ketegangan Timur Tengah seperti perang antara Iran dan Israel. Selepas tengok harga emas banyak sideway saya tukar fund dari versa gold ke vesa global-i.

Pelaburan SPUS

SPUS buat masa ini saya konsisten membeli setiap bulan walaupun ketika pasaran turun atau naik. Pinjaman peribadi telah berakhir bulan Jun ini setelah 11 tahun membayar tanpa culas sebab kena potong gaji. Pinjaman yang sepatutnya 10 tahun menjadi 11 tahun gara-gara pengecualian bayaran ketika wabak covic melanda pada 2020-2021. Pengecualian hanyalah 6 bulan sahaja tetapi perlu menanggung tambahan 1 tahun untuk langsaikan hutang. Pandai bank buat duit!

Oleh itu saya bercadang untuk teruskan potongan. Cuma kali ini bukan untuk bayar hutang, tetapi menambah pelaburan setiap bulan. Alang-alang dah biasa hidup dengan potongan sebanyak RM1700 sebulan selama 11 tahun. Apa salahnya saya teruskan je. Betul tak? Kenapa saya buat pinjaman peribadi ini dan ke mana perginya wang pinjaman peribadi ini? Nanti saya ceritakan di coretan yang akan datang.

Graf SPUS misi rm1 juta
Graf SPUS

Kalau perhatikan saya mula membeli pada bulan Feb 2025. Elok je beli dengan semangat nak melabur harga pula semakin turun. Teragak-agak juga nak teruskan pembelian. Sebab tu kalau tengok graf tu hujung bulan Februari 2025 macam ada lompong sikit. Tetapi berbekalkan keyakinan bahawa ETF SPUS ini akan naik, pembelian diteruskan. Dapat duit dari pendapatan sampingan kebanyakan akan masuk ke dalam ETF ini. Kalau diperhatikan bulan April jatuh banyak. waktu ni memang dah goyah juga. Mula mempersoalkan diri betul ke tindakan melabur dalam SPUS ni? Tetapi berdasarkan pembacaan, S&P 500 ni secara masa panjang akan naik harganya, jadi saya teruskan juga pembelian.

Keuntungan dari SPUS
SPUS pada ketika ini

Pada 1 Julai 2025 keuntungan tidak nyata dalam SPUS ialah 8.43%. Kira banyak la juga kan? Apa pun syukur nampak pelaburan semakin bertambah.

Pelaburan VERSA

Versa adalah satu platform yang juga saya gunakan. Pada permulaan saya mulakan melabur di versa dahulu kerana mudah dan ada pilihan patuh shariah dan juga ada quest yang boleh dilakukan untuk tingkatkan pulangan. Saya mulakan dengan Versa Cash-i dan Versa Gold. Kemudian bila saya lihat Gold macam harga dah mula turun naik, saya tukar fund Versa Gold ke Versa Global-i. Maklumat lanjut berkaitan fund ini boleh rujuk di website Versa.

Keuntungan Versa
Keuntungan Versa

Keuntungan yang ditunjukkan gambar di atas kurang tepat kerana keuntungan dari versa Gold tidak dikira kerana saya tukar fund ke Versa Global-i. Namun dari pengiraan sendiri keuntungan yang saya dapat dari versa dalam 7.9% setakat ini. Masih saya anggap nilai yang baik. Seperti SPUS, fund di Versa ini juga rugi pada bulan April kesan dari Tarif Trump dan kini semakin memberi pulangan. Harap momentum ini berterusan. Patutlah melabur ini risiko tinggi kerana bila pelaburan kita rugi hati memang tak tenteram. Mulalah fikir macam-macam. Kalau hati nak tenang boleh melabur di ASB atau Tabung Haji atau KWSP.

Pelaburan di Luno

Kripto adalah pelaburan yang buatkan saya menyesal ketika ini. Harap boleh pulih di masa hadapan. Sebenarnya Kripto adalah pelaburan yang mula-mula sekali saya buat. Bermula pada hujung November 2024 yang pada ketika itu kripto tengah bullish. Dah untung dan banyak nasihat untuk TP (Take Profit), tetapi tamak waktu tu. Pertama kali melabur, untung pula tu. Jadi hati berkata “biar lama sikit lagi mungkin boleh untung lebih banyak!”. Akhirnya tunggu punya tunggu bukan makin naik harga kripto. Makin turun je. Bitcoin je yang nampak stabil pada ketika ini di hujung bulan Jun 2025. ALTCOIN tak nampak bayang nak naik harganya. ALT season hilang terus.

Jadi kena terimalah akibatnya. Pelaburan kripto rugi teruk ketika ini. Nak tambah modal dalam kripto pun dah takda mood. Jadi biar je la aset digital tu di Luno. Nak buka tengok pun takut buat sakit hati je. Terasa tercabar untuk jayakan misi RM1 juta ini.

Kerugian dalam Luno
Kerugian dalam Luno 30 Jun 2025

Entah boleh pulih atau tidak kerugian dalam Luno ni. Dah la sini paling banyak letak modal. Pasrah je la. Jadi secara keseluruhan pelaburan saya masih dalam kerugian. Walaupun SPUS dan Versa untung tetapi masih tak dapat nak tampung kerugian dalam Luno ini. Bolehkah saya mencapai misi RM1 juta ini?

Mulakan Pelaburan Anda dengan Platform ini

Versa – Aplikasi pengurusan kewangan dan pelaburan digital tempatan. Versa memudahkan simpanan berjadual dan pelaburan dalam dana bersama (unit trust) dengan hanya beberapa klik(versa.com.myversa.com.my). Antaranya, Versa menawarkan simpanan berfaedah sehingga 4.77% setahun (nett) dan pilihan pelaburan Islamik. Versi mudah alihnya diregulasi oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)(versa.com.my), jadi selamat untuk pemula.

Meet Versa, a digital wealth app that helps you save, invest and grow, so you can achieve financial wellness. Save and invest easily, with the help of expert fund managers from AHAM Asset Management Bhd.

Join me and we’ll both enjoy RM10 reward! 🎁

Get started:

Make your first Cash In of min. RM100)

Download the Versa app: https://download.versa.com.my/1bAf/referral?deep_link_value=DNTL2CBZ

Sign up with my code DNTL2CBZ

moomoo Malaysia – Aplikasi trading saham dan ETF. Moomoo terkenal dengan komisen 0% untuk dagangan saham Malaysia bagi tempoh promosi (180 hari pertama)(moomoo.com). Tiada deposit minimum diperlukan, dan akaun boleh dibuka secara dalam talian dengan mudah(moomoo.com). Moomoo turut menyediakan alat analisis berkuasa AI untuk bantu pemula kenal pasti potensi saham. Sesuai untuk mereka yang mahu mula trading saham secara aktif, walaupun baki permulaan kecil.

Catch the rising trend of US stocks & get FreeTSLA* together!
Register with moomoo, enjoy 5%* p.a. Guaranteed Returns & Free Apple Share>>Register with moomoo & enjoy RM1,800 new customer benefit!
https://www.moomoo.com/my/promotion/referee?inviter=103606529&global_content=%7B%22promote_id%22%3A15066%2C%22sub_promote_id%22%3A3%7D)

Luno – Platform kripto global yang mempunyai cawangan di Malaysia. Luno adalah salah satu Pertukaran Aset Digital (DAX) berdaftar SC di Malaysia(sc.com.my) Ia membolehkan pengguna membeli, menjual dan menyimpan Bitcoin, Ethereum dan beberapa altcoin lain secara selamat. Antaramuka yang mesra pengguna sesuai untuk pendatang baru mengenali dunia kripto.

Anda dijemput!

  1. Daftar dengan pautan jemputan saya
  2. Buat deposit dan beli sebarang kripto bernilai RM 250 (tidak termasuk Luno Exchange)
  3. Kita akan terima BTC percuma bernilai RM 50

https://www.luno.com/invite/H27Z65

Jika ada soalan tentang cara guna platform ini boleh hubungi saya. Saya boleh kongsikan setakat mana yang saya tahu.

Boleh komen atau berjumpa lagi di coretan saya akan datang untuk sambungan misi RM1 juta ini. Doakan supaya misi RM1 juta saya ini boleh berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *