Misi RM1 juta dalam 10 tahun. Pada tahun 2025, saya memulakan satu misi peribadi yang besar: mencapai RM1 juta dalam tempoh 10 tahun melalui simpanan bulanan dan pelaburan. Misi ini saya laksanakan untuk tujuan persaraan awal. Walaupun saya sebagai penjawat awam yang bakal menerima pencen bulanan sekiranya panjang umur untuk bersara kelak, tetapi misi ini saya jalankan juga supaya lebih selesa di kemudian hari dan bercadang untuk melancong selepas bersara nanti. Ini bukan sahaja satu cabaran kewangan, tetapi juga satu komitmen untuk membina masa depan yang kukuh dan bebas kewangan.
Modal yang telah dilaburkan sehingga kini: RM50,000
Dari permulaan misi ini sehingga bulan Mei 2025 saya berjaya laburkan sebanyak RM50,000, dibahagikan seperti berikut:
RM30,000 di Moomoo – Dilaburkan sepenuhnya dalam ETF SPUS (S&P 500 ESG ETF). Saya memilih SPUS kerana prestasi konsisten pasaran S&P 500 dan pematuhan kepada prinsip ESG (Environmental, Social, Governance), yang juga selari dengan pelaburan patuh Shariah. Mencari saham atau ETF yang patuh shariah itu adaah wajib bagi muslim.
RM20,000 di Luno – Dibahagikan kepada tiga kripto utama yang saya percayai mempunyai potensi jangka panjang: Bitcoin (BTC), Solana (SOL) dan NEAR Protocol (NEAR).
Nilai pelaburan yang saya nyatakan ada setelah digenapkan bukannya tepat seperti yang dinyatakan.
Prestasi Semasa (Mei 2025)
Setelah 5 bulan, apa yang jadi pada pelaburan saya? Secara keseluruhan boleh katakan rugi banyak. Berikut ada prestasi pelaburan saya pada Mei 2025
Moomoo (SPUS): +5.68% Menunjukkan pertumbuhan perlahan tetapi stabil – sesuai untuk matlamat jangka panjang seperti persaraan. Pelaburan di SPUS ni boleh nampak ada kenaikan sedikit. Saya memperoleh keuntungan sekitar RM600 daripada modal yang dilaburkan.
Luno (Kripto):-27% Seperti yang dijangka, pasaran kripto sangat volatile. Penurunan ini bukan sesuatu yang mengejutkan, dan “saya melihatnya sebagai peluang pembelian pada harga diskaun” kata saya di dalam hati. Tetapi kenyataannya adalah saya sudah takut untuk menambah modal dalam kripto ini. Kerugian saya adalah sekitar RM6.4k. Memang sangat banyak bagi saya.
Nilai pelaburan kripto di luno pada 30/05/2025
Strategi Saya: DCA (Dollar-Cost Averaging)
Untuk mencapai sasaran Misi RM1 juta dalam 10 tahun, saya tidak hanya bergantung pada modal permulaan. Saya mengamalkan strategi Dollar-Cost Averaging (DCA), iaitu:
Melabur jumlah tetap setiap bulan tanpa mengira keadaan pasaran.
Buat masa ini saya peruntukkan RM2000 sebulan untuk dilaburkan. Peruntukan ini saya pecahkan 3/4 ke SPUS dan 1/4 kepada kripto
Apa yang saya rancang untuk lakukan:
RM1,500 ke SPUS setiap bulan
RM500 ke aset kripto (BTC, SOL, NEAR). ( cuma buat masa ini perasaan takut itu ada. Mungkin bahagian ini akan akan laburkan ke SPUS buat seketika sehingga saya berasa yakin kembali dengan kripto).
DCA membantu saya:
Mengurangkan risiko “timing the market”
Mengelakkan keputusan emosi ketika pasaran turun naik
Membina kekayaan secara berdisiplin dan konsisten
Jika ingin gunakan app Luno untuk pelaburan kripto boleh gunakan pautan berikut:
Anda dijemput!
Daftar dengan pautan jemputan saya
Buat deposit dan beli sebarang kripto bernilai RM 250 (tidak termasuk Luno Exchange)
Gabungan ini memberi saya kelebihan dari dua dunia:
SPUS untuk kestabilan, pertumbuhan jangka panjang dan pendedahan kepada ekonomi US.
Kripto untuk potensi pertumbuhan yang tinggi, walaupun dengan risiko yang lebih besar.
Saya menganggap SPUS sebagai “core” pelaburan, manakala kripto sebagai “growth booster”.
Sasaran Akhir: RM1 Juta dalam 10 Tahun
Matlamat saya adalah untuk misi RM1 juta dalam 10 tahun:
Mencapai nilai pelaburan sekitar RM1 juta menjelang 2036
Gunakan sebahagian keuntungan untuk menjana pendapatan pasif selepas bersara
Capai kebebasan kewangan dan masa – supaya saya boleh fokus kepada perkara yang lebih bermakna dalam hidup.
Buat kerja apa yang saya suka. Bukannya bersara tanpa buat apa-apa kerja.
Bekerja kerana ingin bekerja bukan terpaksa bekerja.
Saya teringin untuk melancong melihat dunia. Harapan saya jika misi ini berjaya saya boleh bersara ketika umur 50 tahun dan mengambil peluang itu untuk melancong bersama isteri.
Ikuti Perjalanan Ini
Saya akan terus menulis perkembangan misi RM1 juta dalam 10 tahun ini secara berkala:
Prestasi bulanan
Strategi tambahan jika berlaku perubahan pasaran
Pengajaran yang saya pelajari sepanjang perjalanan ini
Ini bukan sekadar tentang wang, tetapi tentang membina tabiat kewangan sihat dan berdisiplin. Jika anda juga mempunyai misi kewangan sendiri – besar atau kecil – saya harap anda dapat ambil inspirasi daripada kisah saya.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa ia bermanfaat. Atau tinggalkan komen dan kongsikan strategi pelaburan anda!