Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Mulakan melabur Mana hendak melabur? Pada ketika ini pasti ada banyak soalan dalam fikiran. Sama seperti saya ketika mulakan aktiviti melabur pada awal tahun 2025 ini. Pada ketika itu timbul pelbagai persoalan di fikiran. Contoh soalan seperti:
Sesungguhnya persoalan itu kerap difikirkan sebelum mulakan pelaburan. Tidak dinafikan perasaan takut ketika mula-mula untuk melabur.
Mengapa perlu mulakan melabur? Beberapa tahun lepas, saya pernah simpan RM5,000 dalam akaun simpanan biasa. Rasa macam “yes, selamat!” Sebab kononnya itu tabung kecemasan. Tapi lepas 5 tahun… bila buka balik akaun tu, jumlahnya lebih kurang sama — tambah sikit je, mungkin sebab faedah bank yang tak seberapa. Tapi bila nak guna duit tu… saya perasan sesuatu: kuasa membeli saya dah susut teruk.
Cuba fikir: dulu RM5 boleh beli satu set nasi lemak + air sirap + telur mata kat warung tepi jalan. Sekarang? Silap-silap RM5 tu cukup untuk sepinggan nasi kosong je.
Itulah inflasi.
Inflasi ni ibarat pencuri senyap. Dia tak ambil duit dari dompet kita, tapi dia kurangkan nilai duit kita setiap tahun. Bank Negara Malaysia anggarkan kadar inflasi sekitar 2-3% setahun. Maksudnya?
Duit RM100 sekarang mungkin cuma bernilai RM82 dalam 10 tahun akan datang!
Dengan RM50 Apa yang saya boleh beli pada:
Kalau kita biar je duit dalam akaun biasa tanpa dilaburkan, duit tu makin mengecil nilainya. Jadi marilah kita mulakan melabur.
Mulakan melabur. Ini lebih baik dari duit tersimpan di bank. Melabur ni macam tanam benih duit. Kita letak dalam tanah (platform pelaburan), siram dengan konsistensi (simpan tiap bulan), dan biarkan pokok tu membesar dengan masa (faedah kompaun, pertumbuhan pasaran).
Contohnya:
Tapi kalau labur RM100 setiap bulan ke dalam ETF seperti S&P500 yang beri pulangan purata 8% setahun?
Dalam 10 tahun, jumlahnya boleh jadi lebih RM18,000! (berbanding RM12,000 kalau sekadar simpan.
Ya, ada risiko, tapi risiko tu boleh dikawal. Sama macam naik motor — kalau pakai helmet, bawa berhati-hati, risiko kemalangan berkurang.
Baca ini untuk tahu persiapan sebelum melabur.
Lepas tahu duit kita makin susut kalau cuma simpan dalam akaun bank, mesti ada yang tanya:
“Aku ni tak pandai sangat pasal saham… kat mana nak mula melabur dengan selamat?”
Jawapannya — melabur dalam ETF, guna platform yang senang, mesra pengguna, dan ada ciri keselamatan baik.
Salah satu platform yang saya suka dan tengah popular sekarang ni:
👉 Moomoo (Get RM1,900* for free!
Come and join moomoo,Grab Exclusive Reward together!)
Moomoo ialah platform pelaburan global yang digunakan ramai pelabur runcit untuk beli saham, ETF, dan lain-lain aset kewangan. Yang penting License oleh Securities Commission Malaysia (SC).
Antara kelebihan Moomoo:
✅ Tiada minimum deposit untuk buka akaun
✅ Aplikasi moden dan mesra beginner
✅ Boleh beli saham US termasuk ETF S&P500
✅ Banyak tools percuma seperti carta, analisis, dan berita pasaran
✅ Promosi menarik untuk pengguna baru — kadang-kadang boleh dapat saham percuma bila daftar & deposit
“Saya sendiri guna Moomoo sebab senang nak tengok carta, belajar pasal saham dan pelaburan ETF. Memang mudah digunakan. Cuma waktu pertama kali buka tu banyak sangat maklumat dan graf keluar.”
Pilihan saya ialah S&P500. Tetapi oleh kerana S&P500 tidak patuh shariah, jadi salah satu pilihan paling menarik sekarang ialah ETF SPUS – pelaburan patuh syariah yang meniru syarikat besar dalam pasaran AS.

SPUS ialah kod untuk ETF SP Funds S&P 500 Sharia Industry Exclusions ETF.
Dalam bahasa mudah:
“SPUS ni macam kita pilih buffet – cuma ambil yang halal je. Yang lain kita skip.”
✅ Patuh prinsip pelaburan Islam (dengan tapisan syariah)
✅ Diversifikasi tinggi – melibatkan ratusan syarikat gergasi
✅ Kos pengurusan rendah (~0.49%)
✅ Prestasi ikut trend jangka panjang pasaran AS
✅ Boleh dilabur melalui broker seperti Moomoo
Berikut prestasi SPUS beberapa tahun lepas:
Prestasi tahun-tahun lepas SPUS:
2020 +19.90%
2021 +28.06%
2022 -23.34% (global crash)
2023 +22.71%
SPUS masih mengikuti trend seperti S&P500, tapi dengan saringan yang lebih selamat untuk pelabur Muslim.
Tak ada pelaburan yang 100% selamat. ETF pun ada risikonya:
Tapi bila kita melabur dengan ilmu dan konsisten, risiko ni boleh dikawal.
Saya sudah mulakan beli ETF SPUS sejak awal tahun 2025. Pada ketika ini bulan Mei 2025, capital gain ETF SPUS ini telah meningkat lebih 5.5% dengan kata lain jika modal saya RM1000, nilai ketika ini ialah RM1055.
