Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Banyak wang kurang masalah kewangan? Kita kaji situasi berikut. Ali seorang pekerja dengan gaji bulanan RM 3000.00. Ali membeli kereta Perodua Bezza untuk ulang-alik ke pejabat. Menyewa rumah apartment bersama keluarga. Selalu makan di rumah dan kadang-kala keluar makan bersama keluarga. Membeli pakaian, membayar bil, perbelanjaan dapur, simpanan dan lain-lain lagi.
Mari kita bandingkan dengan Abu yang berpendapatan bulanan RM 6000.00. Semestinya menggunakan kereta Honda City, menyewa di rumah teres atau semi-d, kerap melancong, lebih kerap makan di luar atas kesibukan bekerja, berbelanja untuk barangan dapur, bil, hiburan, simpanan dan lain-lain lagi.

Jika dibandingkan antara Ali dan Abu boleh dikatakan kedua-dua individu ini adalah sama dari segi kekayaan walaupun jumlah wang yang berbeza. Seperti pepatah melayu,
Besar Periuk Besarlah Keraknya
Semestinya menjadi fitrah manusia lebih banyak duit, lebih banyak kita akan berbelanja. Berapa banyak orang di sekeliling kita yang bersedia untuk menukar kereta baharu apabila mendengar akan menerima kenaikan gaji. Akan pergi melancong ke luar negara ketika mendengar bonus yang tinggi untuk tahun ini.
Jika kita katakan orang yang banyak duit tiada masalah kewangan, masakan kita pernah mendengar ada artis, atlit sukat yang sebelum ini adalah seorang jutawan tetapi kemudian bankrup.
Banyaknya wang, tetapi banyak dihabiskan mengikut nafsu tidak mustahil kita akan kekal seperti kita sekarang ini walaupun setiap tahun menerima kenaikan gaji dan bonus.
Kisah seperti Michael Carroll menunjukkan bahawa wang sahaja bukanlah jaminan untuk keluar dari kemiskinan atau mencapai kestabilan kewangan. Sikap, disiplin, dan ilmu pengurusan kewangan memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada seseorang mampu memanfaatkan kekayaan mereka atau tidak. Jadi manfaatkan masa untuk mempelajari ilmu pengurusan kewangan. Seterusnya bersyukur dengan apa yang kita miliki. Tidak perlu untuk membandingkan diri dengan orang yang lain. Hidup di dalam kemampuan bukannya di luar kemampuan. Banyak wang kurang masalah kewangan? Tidak. Banyak ilmu pengurusan kewangan dan mengamalkannya untuk kurangkan masalah kewangan.
Wang adalah alat, tetapi cara ia digunakan menentukan hasilnya.
Jadi apakah maksud kekayaan sebenarnya? Setiap orang ada definisi masing-masing. Tetapi bagi aku kekayaan adalah apabila kita boleh hidup dengan perbelanjaan kurang dari pendapatan kita dan simpanan yang cukup untuk lebih 6 bulan jika tiba-tiba kita hilang punca pendapatan.
Banyak atau sedikit adalah subjektif setiap individu. Perkara yang penting adalah lengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan, bersyukur dengan rezeki yang diberi seterusnya berbelanja mengikut kemampuan. Kewangan kita adalah ditentukan oleh kita sendiri.
#perjalananKearahBebasKewangan