Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Terima kasih teknologi mengingatkan kisah pada November 2019 yang lalu menerusi Google Photos.
November 2020, Malaysia dalam keadaan berjaga-jaga dalam PKPB bagi melawan Covid19.
November 2019 yang lalu, Fikriyatul Alya berumur 6tahun dan tadikanya Little Caliphs menganjurkan hari graduasi setelah dua atau tiga tahun melalui pra-sekolah di sana.
Sepanjang pengalaman menghantar Alya ke Little Caliphs Kulim Hi-Tec, bagi saya, sebagai seorang ibu sangat berpuas hati dengan ilmu dan pengalaman yang ditimba.
Tadika ini banyak memberi peluang untuk anak belajar membaca, menulis, melukis, mengaji Al-Quran, tahu dan mempraktikkan solat, belajar sains, matematik, berinteraksi dalam bahasa inggeris, menghafal surah-surah pendek, peluang berkawan, belajar cara menghormati guru, etc.
Aktiviti yang dianjurkan juga menarik dan alhamdulillah ada lagi yang masih tersemat dalam ingatan Alya.
Antara aktiviti yang masih mamanya ingat: praktikal Haji, persembahan kemerdekaan di Mydin Bukit Mertajam, hari sukan, perjumpaan ibu bapa dan guru, program Nilam, lawatan ke perpustakaan dan institut pengajian, grand ihtifal, sambutan hari jadi dan banyak lagi. Nanti bila mama Alya ingat, boleh kita throwback salah satu aktivitinya ya.
Kali ini, jom kita tengok gambar-gambar yang sempat dirakam semasa hari graduasi Alya pada November 2019.
Inilah kali pertama Alya mengenakan jubah graduasi.
Ohya, Alya penerima Best Caliphs Award 2019 kategori perempuan! Alhamdulillah dan terima kasih guru dan semua atas penganugerahan ini…
Waktu ibunya turut sama naik ke pentas memang mengalir air mata, terharu dan pelbagai perasaan bercampur baur.
Such a sweet moment.
We are proud of you and hopefully my both daughters will succeed in whatever you do and be good to others.








Buah tangan tambahan..

Appreciate what you have now, because we don’t know how long we will exist in this world.
Love all…