Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Misi RM1 juta dalam 10tahun. Pada ketika blog ini ditulis(2025) umur saya adalah 39 tahun. Matlamat saya ialah untuk bersara pada umur 50 tahun. Jadi saya tetapkan untuk supaya mempunyai simpanan Rm1 juta ketika bersara pada umur 50 tahun di tahun 2036 Mampukah saya berbuat demikian?
Kenapa perlu RM1juta? Supaya saya boleh bersara dengan selesa dan mempunyai pendapatan bulanan walaupun selepas bersara.
Pertama sekali saya perlu membuat pengiraan berapakah simpanan bulanan yang perlu untuk mencapai matlamat misi ini. Seperti biasa di zaman AI ini, mari kita tanya Chatgpt.
Hasil dari jawapan chatgpt adalah seperti berikut:
Saya perlu menyimpan kira-kira RM5,209.25 sebulan selama 10 tahun dengan anggaran dividen tahunan 7% untuk mencapai sasaran RM1 juta, dengan mengambil kira modal awal RM50,000.
Terkejut tengok jawapan dari chatgpt ni. Haha nampak macam mustahil je misi ni. Tak mampu nak simpan sebanyak itu dalam sebulan. Saya sengaja tetapkan 1juta walaupun pada perkiraan RM600k adalah cukup. Kerana jika diambil katakan 4% dari pelaburan setiap tahun, saya akan memperoleh sekitar RM2000 sebulan yang saya kira cukup jika tiada sebarang hutang ketika itu. Kenapa hanya ambil 4% sahaja? Jawapannya supaya pelaburan saya masih boleh berkembang dan mengambil kira kadar inflasi.
Ok, sekarang saya sudah ada objektif bulanan yang perlu dibuat untuk mencapai matlamat itu dalam masa 10 tahun. Cuma yang menjadi masalah ialah mampu atau tidak untuk melaksanakannya?
Kalaulah saya masih mudah!! misi RM1 juta dalam 10tahun pasti lebih mudah. Jadi nasihat saya kepada yang masih muda, mulakan simpanan dari awal. Kalaulah saya sedar dari muda mungkin matlamat ini lebih mudah dicapai. Contohnya jika saya berumur 25 tahun, jadi saya mempunyai masa selama 25 tahun untuk menjadi jutawan pada umur 50tahun. Saya hanya perlu menyimpan sebanyak lebih kurang 900 sebulan. Mungkin pada ketika umur 25, 900 itu kelihatan banyak, tapi saya boleh bermula dengan jumlah yang sedikit dahulu dan akan tingkatkan simpanan bulanan setiap tahun seiring dengan kenaikan gaji tahunan. Boleh tengok post ini untuk maklumat lanjut. Kelebihan melabur dari muda.
Apapun masa tidak boleh patah balik. Oleh itu mulai hari ini saya perlu mulakan strategi untuk mencapainya. Buat masa ini saya cairkan sedikit simpanan untuk dilaburkan dalam pasaran saham malaysia, kripto dan ETF. Saya gunakan platform moomoo untuk saham dan ETF manakala untuk kripto saya gunakan Luno. Saya juga ada gunakan app Versa dalam pelaburan ini.
Pada post yang akan datang saya akan kemaskini berapa modal dan berapa untuk atau rugi yang diperoleh dari pelaburan tersebut.
Misi RM1 juta dalam 10tahun mestilah dengan risikonya. Moomoo dan versa dapat jana keuntungan sedikit, tetapi di Luno rugi teruk. Tak tahu boleh cover atau tidak kerugian itu. Mungkin makan tahun. Oleh itu saya juga nasihatkan untuk gunakan duit lebihan jika ingin mulakan pelaburan. Bukan duit yang digunakan untuk beli beras.
Jika anda ingin sertai moomoo boleh gunakan pautan di bawah ini:
Catch the rising trend of US stocks & get FreeTSLA* together!
Register with moomoo, enjoy 5%* p.a. Guaranteed Returns & Free Apple Share>>Register with moomoo & enjoy RM1,800 new customer benefit!
https://www.moomoo.com/my/promotion/referee?inviter=103606529&global_content=%7B%22promote_id%22%3A15066%2C%22sub_promote_id%22%3A3%7D
Jika ingin mulakan pelaburan dengan Versa boleh gunakan pautan ini:
Meet Versa, a digital wealth app that helps you save, invest and grow, so you can achieve financial wellness. Save and invest easily, with the help of expert fund managers from AHAM Asset Management Bhd.
Join me and we’ll both enjoy RM10 reward! 🎁
Get started:
Jika ingin gunakan app Luno untuk pelaburan kripto boleh gunakan pautan berikut:
Anda dijemput!
https://www.luno.com/invite/H27Z65
Semoga berjaya buat diriku.
I found this article to be very helpful and well-explained.
The site consistently shares useful and interesting articles
on various topics.
Such an engaging and well-written article! I appreciate how this website consistently shares useful content.