Kelebihan Menyimpan dari Muda

Kelebihan menyimpan dari muda. Kita biasa dengar banyak ibu bapa, guru-guru mahupun penasihat kewangan berkenaan menyimpan wang. Apa pentingnya kita menyimpan wang? Kenapa perlu menyimpan dari usia muda?

Ada orang berpendapat untuk gunakan kesemua wang gaji kerana tidak tahu masa depan sempat ke tidak hendak gunakan wang simpanan tersebut (YOLO = You Only Live Once). Ada juga jenis orang yang sentiasa berjimat. Menyimpan untuk masa depan sampai kadang-kala nampak seperti kedekut kerana kurang berbelanja.

Jenis Sifat Kewangan Individu

Setiap individu mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap kewangan. Berikut adalah beberapa jenis sifat kewangan yang biasa ditemui:

  • Si Boros – Individu yang cenderung berbelanja tanpa kawalan dan kurang memberi perhatian kepada simpanan.
  • Si Penabung – Golongan yang lebih suka menyimpan dan mengutamakan kestabilan kewangan berbanding perbelanjaan segera.
  • Si Pelabur – Mereka yang lebih gemar melaburkan wang untuk menjana pulangan dan menambah kekayaan.
  • Si Berhati-hati – Individu yang sangat berhati-hati dalam berbelanja dan sentiasa membuat perancangan kewangan yang teliti.
  • Si Bebas Berbelanja – Orang yang tidak terlalu risau tentang wang dan lebih mengutamakan keselesaan atau gaya hidup.

Tiada yang salah dan betul dalam menguruskan kewangan. Masing-masing ada pendapat dan cara mereka sendiri.

Kaedah Membeli Kereta untuk Graduan Baharu untuk gambarkan kelebihan menyimpan dari muda.

Sememangnya membeli kereta adalah impian ramai terutamanya untuk graduan yang baru memulakan alam pekerjaan. Mari bincangkan 2 kaedah dalam membeli kereta tanpa mengira komitmen seperti penyelenggaraan, cukai jalan dan insurans.

Perodua MYVI berharga RM60,00

Kaedah Pertama

Deposit 10% = RM6,000

Loan 9 Tahun dengan bulanan sebanyak RM630

Selepas 9 tahun hutang langsai dan mendapat sebuah MYVI.

Kaedah Kedua

Cari kereta terpakai dalam lingkungan harga RM6000 seperti Proton Saga

Laburkan wang anda setiap bulan RM630 di tempat yang boleh berikan pulangan 7% setahun

Ada banyak institusi pelaburan yang mampu berikan pulangan lebih dari 7% setahun.

kelebihan menyimpan dari muda.

Jadual menunjukkan Jumlah wang yang terkumpul hasil dari pelaburan sebanyak RM630 sebulan dengan faedah sebanyak 7% setahun. Akan boleh kira sendiri menggunakan tool di pautan berikut:

Compound Interest Calculator – Daily, Monthly, Yearly Compounding

Selepas 9 tahun anda akan ada sebuah proton Saga dengan simpanan sebanyak RM94k. Bayangkan jika faedah simpanan lebih dari 7%, semestinya simpanan anda juga akan bertambah.

Versa Gold merupakan salah satu contoh pelaburan yang boleh berikan pulangan yang baik dan patuh shariah.

Namun pelaburan ini berisiko kerana ada turun naik. Tetapi dalam jangka masa yang panjang(lebih 5 tahun) mungkin boleh memberikan pulangan baik. High risk high reward.

Walau apa cara sekalipun anda yang menentukan hala tuju hidup anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *