Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Semua pinjaman Allah buat kita

Hari ini 9 Ogos 2021, FB dibanjiri dengan berita sedih pemergian Siti Sarah Raisuddin, penyanyi dan isteri bagi pelawak Shuib Sepahtu.

Allahyarham pergi meninggalkan dunia disebabkan covid 19 dan masa yang sama mengandungkan anak. Jadinya, terpaksa melahirkan bayi yang masih 7bulan kandungan dan Allahyarham juga terpaksa ditidurkan kerana tahap oksigen yang tidak stabil dek Covid19.

Allahyarham mati syahid kerana melahirkan. Sebuah kematian yang dicemburui dengan rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan.

Takziah buat Shuib Sepahtu sekeluarga dan sedih mengenangkan anak-anaknya yang menanti kepulangan ibunya dari hospital.

Ya, mati itu memang pasti.

Aku juga pernah melalui saat getir ketika melahirkan dan dalam keadaan samada bayi atau diriku yang Allah panjangkan usia.

Ditakdirkan, bayi lelaki keduaku dipinjamkan Allah buat kami selama 11 hari dan diriku Allah masih beri peluang hidup atas muka bumi ini, berbakti, berbuat amal untuk bekalan di sana.

Ini kisah 5tahun yang dulu.

Ya, Allah beri peluang masa untuk diriku bertaubat, untuk perbaiki yang mana perlu.

Kita takkan sempurna di mata manusia, tapi ingatlah Allah mengira setiap usaha kita walaupun hanya niat tanpa amalannya. Lagi-lagi jika kita beramal, maka bertambahlah pahala.

Semoga kita menjadi lebih baik dari semalam dan sentiasa bersyukur dengan rahmat dan rezeki Allah yang tidak terkira.

Ya Allah, bantulah kami menjadi hambaMu yang soleh solehah, dipermudahkan urusan, diberi ketenangan, kebahagiaan, kebaikan. Matikanlah kami dalam iman, jauhkanlah kami dari azab kubur dan neraka, dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMu.

Engkaulah segala-galanya untuk kami memohon, berharap.

Ampunilah dosa kami dan makbulkanlah permintaan kami.

Amin.

Salam Maal Hijrah semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *