Menghitung hari untuk bermulanya kembali waktu bekerja setelah 70hari beristirehat sempena cuti pantang.
Terlalu banyak kisah sepanjang cuti berpantang kali ini dimana pandemik covid19 tersebar di merata dunia.
Kulim, Kedah, Malaysia.
PKPP di Kulim akan tamat pada 20/12/2020
Dek kerana virus covid19, rakyat Malaysia terpaksa berkira-kira untuk merentas negeri, berjalan ke mana-mana.
Beberapa nikmat telah ditarik, antaranya nikmat berjalan, melancong, solat di masjid, makan di luar, konvoi, sekolah ditutup, out station, kenduri kendara, malah nikmat melawat sanak saudara, menaiki kenderaan sekeluarga pun boleh dibilang.
Ya Allah, Kau angkatlah virus ini dan jauhilah kami sekeluarga daripadanya.
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya.
Di bawah antara beberapa kisah yang ingin diingati sepanjang cuti pantang kelahiran Filzah Auni…
Swab test sebelum masuk ke wad bersalin… Drive thru ja kat BP lab, Bukit Mertajam. Alhamdulillah, syukur, keputusan negatif covid19. Boleh masuk ke wad dengan aman dan selesa.💕 (Tips dari DikLa berkesan! sila tarik nafas dalam² masa hidung ditusuk cotton bud yang panjang itu)
9/10: Dr checked baby’s CTG and request to admit at PMC, Alor Star. 🚗Kelam kabut jugak sebab bajet keesokan harinya baru nak bertolak. Tapi doctor relax ja, katanya take your time 💕💕
10/10: Operation was done successfully and my precious baby daughter was born in good health! Alhamdulillah🤲
Menitis air mata ibunya setelah mendengar tangisan anaknya yang dikandung 9bulan sejurus pembedahan
En suami sentiasa bersama di sisi( sbb dpt bilik 2katil ) dan hanya kami..siap setiap kami ada katil sendiri lagi..😍 Thanks doctor for the nice arrangement. Part ni terharu.
Gambar sebelum ke wad pembedahan. Baby in my tummy and lovely husband who always by my sideWad 2 PMC Alor Star
Kakak Fikriyatul Alya dijaga oleh maktok di Taman Kijang bersama Fahim, Annur, Cu dan Pak Su. Terima kasih naaa…🥰🥰
Dek kerana kes covid, pakat tak berani ke hospital, tak pa semua..en abang ada sentiasa, tolong suap, dan jaga especially masa hari pertama selepas operation sebab tak dapat nak gerak banyak sangat time tu. Malam tu siap berambu peluh dan nak pitam, mungkin sebab cubaan untuk duduk agak lama, tak sesuai lagi untuk diri ini. Kena baring dulu ya..tapi bila dengar esoknya kena cuba bergerak memang cuak..tak dapat gerak banyak sangat pun hari pertama sejurus selepas operation.
Apa²pun proses penyembuhan kali ini alhamdulillah tak banyak drama. Berjalan lancar dengan bantuan keluarga tersayang terutamanya daripada suami, bonda, anak-anak yang memberi kerjasama dan ahli keluarga.
Mama sentiasa berada bersama sepanjang pantang kali ini. Thanks and love you mom from the moon and back.💞💞🥰
Adik Filzah Auni kena berulang tiap-tiap hari untuk check kuning.Yang ni la drama pun.. Check kuning result tinggi bila guna alat scan punya, pastu ke Hospital Kulim untuk refer doctor, depa ambil darah kat tangan dan resultnya tak perlu untuk admit. Dua kali juga kes macam tu..siap satu hari tu, kami dah bersedia nak masuk tidur kat wad utk photo theraphy, last2 keputusan darah dekat kaki(dailynya) dan kat tangan(yang ni depa ambik kat hospital) tak sama. Adik Auni tak perlu admit pon..aduihh..buat saspen jaa… Duduk la sat bawah UV sementara tunggu keputusan darah…
Adik duk bawah UV sat saja..sementara tunggu keputusan kuningnya
At last, described as prolonged jaundice. 21hari jugak dok ting tong pi check kuning.. Papa tak larat ambik cuti, mamanya dah jadi rutin pantang bawak baby check kuning…kagum jugak dengn diri sendiri 😅Dan alhamdulillah, ujian darah dan air kencing elok keputusannya.
Mencabar ooo nak ambik sampel air kencing untuk baby girl.. 😅
Adik bercukur di kampung Paya Batas Tinggi.😍
Berkenalan dengan Ida yang baik hati dan anaknya (untuk sesi urutan kepala dan bertungku)
Kena selalu perati kakak dan adiknya ya. Kakak sayang adiknya tapi cara agak merisaukan..eheh
By the way, Kakak is very helpful when we request something related to her younger sister especially when to change the diapers. Thanks kakak! Jaga adik naa, protect her💖
My sweet husband’s working schedule was changed due to PKP bla²(banyak ngat) Leganyaa dapat banyak masa bersama sepanjang pantang ni.. Ahad dan Selasa work from home, Rabu dan Khamis balik awai…hebatnya caturan Allah…maseh naa dok mencari barang keperluan kami..🥰
Double celebration on 22/11/2020. My birthday dan hari ke 44 pantang 💖 Kejutan yang mengharukan daripada keluarga tersayang. Aduduiiii.. sayangnya nak bukak lipatan duit bouqet itu…😁😍
Hadiah daripada kakak Fikriyatul Alya untuk ibunya sempena hari jadiTeh o ais mama kesayanganku, special oat with kurma from mom, dan kek buah ikhlas daripada Alya dan papanya..lovelovePenggambaran sesi pertama di hari lahirku..Tak bajet langsung ada sesi kedua!Sesi kedua! Kejutan daripada keluarga tersayang.. Terima kasih mom, kaklong, kakngah dan dikla.. muah muah
Minum air gula lagi!!! untuk check ada tak kencing manis selepas kelahiran. MasyaAllah, ketaq juga nak tunggu keputusan dan….. alhamdulillah negatif..🤲💖🥰 makan nasi arab alhambra jom!
Kami balik ke kampung untuk celebrate birthday annur. Such a lovely celebration with family. Mandi manda bersama, dan makan² di Grand Alora..(menyempat jugak😁)
Balik ke Perlis. Curi juga masa ke Tasik Timah Tasoh💞 Pastu pusing-pusing Perlis cari nasi ganja..😅
Cubaan adik naik stroller berjaya🥳🥳 so far boleh bertahan agak lama dan lena dalam stroller, hanya bila kelaparan bunyi..pastu mama lari bawa adik ke surau untuk menyusu..kesimpulannya adik memberi kerjasama yang baik..😘
Kakak Alya bakal menerima hadiah sebab terpilih antara video persembahan terbaik untuk projek kelas muziknya. Good job kakak👍 and mama (gigih mengedit💪😁)
Oke semua, sekian catatan yang ingin diingati sepanjang cuti kali ini.
Kalau ada lagi, akan ditopup lain; insyaAllah.
Selamat malam semua..
Terima kasih Allah atas segala yang diberi, kurniaan yang tak ternilai..antaranya anugerah² terindahku, suami yang banyak membantu di sisi, ibu yang banyak berjasa, ahli keluarga sebelah sendiri dan suami..
Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan kita dan berjaya dunia akhirat.
Kena bersiap sedia untuk kembali bekerja, hantar anak² ke pengasuh baru, dan rutin baru.
Gambatte🙌🙌 dan 🤲 semoga Allah sentiasa merahmati, membantu, mempermudahkan urusan hambaNya ini.