Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Topi Lanun dan Ulat Bulu for SALE!

Aktiviti saya hari ini adalah membuat topi lanun.. tadaaa…

Kapten Alya dan topi lanunnya..

Tadi video call dengan team tok dan team cu.. Alya tiba-tiba teringin nak buat topi lanun untuk papanya.. Tekun lukis corak lanun atas kertas hitam dan selotep belakang buat topi.. Katanya, kapten alya, maktok, mama dan papa jadi lanun nak lawan dengan tentera laut diketuai tok ayah. Team tok ayah adalah tok, maksu dengan abang fahmi kut.. Team taman mutiara akan diketuai oleh maktok katanya.. 🙂

Cuba tengok kapal dan Kapten Alya.. Penyangkut baju jadi stereng kapal tu.. 🙂

Ulat bulu for SALE!

Kemudian, masa video call dengan annur, fahim dan cu, semangat pulak kakak Alya promosikan ulat bulu yang dibuat semalam.Siap nak jual dan bagitau cara-cara untuk pesan.

Ulat bulu yang kakak Alya nak jual! 🙂

Siapa berminat, boleh ikut cara Alya ya.

  1. Whatsapp dan taip “nak ulat bulu kakak alya”
  2. Pilih warna ulat bulu yang digemari.
  3. Kakak alya akan hantar ke rumah nanti.

Mama dia tanya, berapa ringgit nak jual? Alya kata RM5. 🙂 🙂

Ceq uii, harga pos pon tak lepas..haha

Bersungguh-sungguh tu. Layankan aja..:)

Siapa berminat dengan ulat bulu kakak Alya jangan lupa tau ikut langkah-langkah di atas! PM for details! 🙂

Adik Auni sudah 40hari!

Kisah adik Auni pula yang sudah berumur 40hari, hari ini. Sebelum lena, adik ada bunyi-bunyi sikit sambil menyusu. Mama dan papanya tak pasti juga sebabnya. Selepas mama dukung dan dodoi zikir hasbirabbi, lena semula. Bila letak di atas tilam boleh lena, tapi tak lama, gerakkan semula tangannya, nangis balik. Menyusu hanya untuk mententeramkan hatinya yang gundah gulana tak tahu sebabnya. Alhamdulillah, sekarang dah lena jerap. Mungkin berbunyi sebab cubaan untuk lena.. Mungkin.. Tiga malam sudah adik merengek sebelum lena. Esok kita monitor lagi, okey? 🙂

So far, adik Auni mudah dijaga sepanjang pantang ni.

Merengek sikit-sikit biasalah kan. Baby tak dapat lagi ceritakan keinginannya.

Alhamdulillah atas nikmat yang Allah beri. Selamat malam semua. Semoga esok lebih ceria, bermakna..

Semoga amanah Allah ini menjadi anak-anak yang solehah, penyejuk mata dan hati ibu bapa serta manusia di sekelilingnya..Amin..

Love you all..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *