Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sambutan hari lahir Alya telah berlangsung tepat pada harinya 30 Ogos 2021, genap 8tahun.
Baru terasa ingin abadikan di dalam blog.
Terasa terpanggil untuk menyimpan memori hari lahir Alya yang ke 8tahun ini sebab banyak benda yang tidak disangka diperolehinya.
Mama dan papa cuti pada hari itu, dan kami sepakat untuk menyambutnya di rumah baru Enesta.
Keluarga Paklang juga dijemput untuk memeriahkan suasana, alhamdulillah, keluarga yang dekat bersama kami di Kulim ini.
Mama sibuk menyiapkan kek homemade permintaan anak sulungnya, maka terhasillah kek strawberry untuk kakak.
Bihun goreng singapore juga disiapkan mama dalam masa yang singkat untuk menjamu keluarga yang ada.
Puding kali ini mama tak gunakan laici tapi buah peach. Nyummy²
Kejutan demi kejutan diperolehi kakak.
Dengan hadiah jambangan bunga coklat daripada Teacher Mages dan kemudian daripada pengasuh adik Auni, hadiah baju dan bekas tulis dari Maklang dan Paklang, hadiah baju daripada Maksu Fiqah, dan keesokannya Ummi Alya singgah menyampaikan cendol dan hadiah belon dan bantal giraffe untuk Alya.
Memang perlu diabadikan kenangan ini, sebabnya untuk menyimpan penghargaan dan supaya diingagi semula.
Jom kita tengok gambar yang ada.
Terima kasih semua.
Lots of love💕💕✨